aku dalam kebuntuan – buntu untuk
memulakan penulisan - aluminum silicon bermain difikiran – aku mahu menulis secara kritis –
seperti saranan DrOT – semuanya tersusun sempurna – kalau aku sendiri tidak faham – bagaimana pula dengan orang yang akan membacanya kelak
dalam kebuntuan ini – bangun –
duduk – berulang kali – memerah otak untuk memulakan bicara aluminum silicon –
tapi masih belum ketemu ayat terbaik
mencari cari di dalam internet –
gaya penulisan seperti kemahuan dan kehendak hati – tapi satu pun tidak berkenan
lalu aku mencapai naskah first
draf thesis semasa master dahulu – membelek belek table of content – ahhh - mengapa
pula ada cerita aluminum silicon – casting sedangkan aku melakukan
research berkaitan heat treatment
bila agaknya aku menulis tentang
ini
aku membelek tiap lembaran – yaaa –
ini lah yang aku cari – inilah yang sesuai untuk memulakan bicara aluminum
silicon
tapi mengapa aku keluarkan dari first
draf dahulu – aku buat perbandingan dengan thesis yang telah dihantar – memang benar
ianya tidak dimasukkan – kemungkinan – apa yang aku tulis pada ketika itu tidak
sesuai untuk di sertakan di dalam final thesis –
membaca tiap ayat yang aku tulis –
sememangnya inilah yang aku cari – semuanya tersusun seperti yang aku kehendaki
walaupun tahun cite – kemungkinan tidak
lagi sesuai – sekurang kurangnya aku ada guideline untuk penulisan kali ini
mungkin - ini tidak di sebut sebagai plagiat - kerana ianya tidak di publish dimana mana
sesungguhnya Ya Allah – Engkau telah
memberi ilham kepada hambamu ini di kala kebuntuan melanda – Syukur
naskah ini – tidak pernah aku
sentuh setelah menghantar final thesis – dan – aku pun telah lupa apa yang ada
di dalamnya
tetapi keheningan malam ini – aku memperolehi
ilham – dan ilham pastinya dari Mu Ya Allah
inilah yang dinamakan kekuasaan
DOA