29 October 2013

Al Fatihah Untuk Mak



30 Okt - tarikh yang pasti di ingati sehingga ke hujung hayat – tarikh dimana mak meninggalkan aku untuk selama lamanya

jelas di minda ini – 9 tahun dahulu - mak menghembus nafas terakhir di pangkuan aku

kini genap 9 tahun aku tidak mendengar suara yang sentiasa memanggil nama aku “bang long” – juga genap 9 tahun aku tidak melihat susuk tubuh yang sentiasa menemani aku dikala suka dan duka

dari usia 1 tahun sehinggalah berganjak ke 33 tahun – mak sentiasa bersama aku – walaupun telah berumahtangga – aku tetap tinggal serumah dengan mak – tidak pernah lekang pandangan aku terhadap mak

Dikala aku dihimpit masalah – inilah orangnya yang aku rujuk

Dikala aku dalam kegembiraan – inilah orangnya yang aku raikan bersama

Mak sempurna dimata aku – tutur kata – perlakuan – menyedapkan hati

kini hanyalah kenangan terindah bersama mak yang mampu aku imbau – terkadang gambar menjadi santapan mata – melayang fikiran  - mengenang detik lampau

Tiada lagi air tangan mak – tiada lagi kopi o mak menemani aku sewaktu bersenang senang dirumah

Terpakat kukuh di minda ini pesanan mak “jaga anak hang elok elok”

Terima kasih mak kerana membesarkan aku dan mendidik menjadi insan


Hanya doa yang aku mampu aku iringi untuk mak – semoga ditempatkan dikalangan orang orang beriman -  AAmiinn

27 October 2013

TOC Alert - pemudah cara menambah ilmu


membaca posting di dalam Doctorate Support Group – tertarik dengan posting ini


rakan ini ingin mengetahui – bagaimana dapat mengakses journal terbaru dan bagaimana untuk update new research in our relevant field

di dalam bebanyak suggestion yang di beri – ini menarik minat aku 




TOC Alert ??? lantas aku mengoogle TOC Alert - hasilnya




TOC Alert adalah Table of Content berkaitan dengan keluaran journal terbaru dari publisher journal dan jika ada journal terbaru berkaitan dengan research field kita - maka kita akan dimaklumkan menerusi email – dengan itu - kita akan sentiasa di update

banyak TOC Alert dari pembekal journal ternama seperti Springer, IEEE Xplore, Oxford Journals, Wiley Online Library dll

contoh dari Springer 



Springer menawarkan 2200 journal untuk di follow - dan kita boleh memilih journal yang bersesuaian untuk di update

nasihat aku - pilih TOC Alert yang bersesuaian - dan register


cubalah – kemungkinan ini akan menambah kelancaran perjalanan sebagai pelajar pascasiswazah - tidak salah untuk mencuba ilmu baru






19 October 2013

Warkah Untuk Rakan...Sahabat....Saudara KKSP


Rakan Rakan KKSP
Syukur – Alhamdullilah - saya akan memulakan cuti belajar selama 3 tahun mulai 21 Okt 2013 - saya merasa amat bersyukur kerana saya diberi kesempatan oleh Allah untuk berada bersama dengan rakan rakan di KKSP dari 2006 sehingga kini




bermula pada tahun 2006 -  saya memulakan perkhidmatan di KKSP - setelah bertukar dari politeknik - tidak sampai 2 tahun bersama - saya meninggalkan KKSP untuk kali yang pertama bagi menyambung pengajian selama 2 tahun pada Mei 2008

dan Allah maha kaya dan permurah - tetap memberi rezeki kepada saya untuk bersama lagi pada tahun 2010 setelah tamat pengajian

kini pusingan itu kembali lagi – saya akan meninggalkan rakan rakan bagi kali yang kedua – dan penempatan saya kelak tidak pasti dimana lagi selepas ini - jika diberi kesempatan ingin sekali saya mahu berada di kksp selepas ini

rakan sekelian 
sepanjang berada di KKSP – seperkara yang menarik pemerhatian saya adalah ikatan ukhwah yang terjalin – KKSP hebat – hebat kerana ikatan kekeluargaan – tiada jurang antara staf akademik dan admin – kita bergerak seiring - sehati  & sejiwa – kerana kita tidak pernah untuk membina jurang permisah antara kita

kita boleh duduk semeja – menikmati sarapan pagi – minum petang - mampu berbicara apa sahaja – walaupun kita berlainan ideologi politik – walaupun kita memiliki pendidikan yang berbeza – kita boleh tegur menegur antara satu sama lain – kita saling bantu membantu  – ini kerana kita adalah satu keluarga - keluarga KKSP

anda rakan – anda sahabat – dan – anda adalah saudara saya

rakan yang dikasihi
untuk saya menyenaraikan nama orang perseorangan yang banyak membantu saya sepanjang di KKSP – mungkin boleh lakukan – tetapi memadaikan jika saya nyatakan bahawa staf pengurusan tertinggi - admin – auto - op – ku – spa - psh – multimedia dan sumber - pengambilan – exam – latihan industri – latihan staf - ANDA ADALAH YANG TERBAIK – YANG PERNAH SAYA KENALI DI SEPANJANG PERHIDMATAN SAYA SELAMA INI

bagi unit auto – yang pernah saya bimbingi – mohon kemaafan seandainya perkhidmatan saya pada ketika itu tidak mencapai maksud dan hasrat rakan rakan – ini kerana saya bukan seorang pemimpin yang baik – saya hanyalah seorang pelaksana – dan – saya ucapkan terima kasih kepada rakan rakan auto kerana memberi sepenuh sokongan ketika itu – tanpa anda – tidak mungkin saya dapat belajar menjadi pemimpin

dan bagi unit multimedia – team work anda adalah YANG TERBAIK sepanjang saya berkhidmat dengan team multimedia yang lain bermula dari 1998 lagi – disinilah saya diangkat menjadi abang long – team yang paling meninggalkan memori terindah dalam hidup saya

rakan rakan
sebelum saya mengundurkan bicara ini – saya mohon kemaafan yang tidak terhingga – seandainya sepanjang kita bersama – saya melukai hati sebahagian dari rakan rakan – dan sejujurnya saya memaafkan rakan rakan serta menghalalkan segala galanya – serta saya mengharapkan rakan rakan juga begitu

benar kata orang “bulat air kerana pembentung – bulat manusia kerana muafakat”

jangan dipecahkan tradisi ini – kerana inilah kekuatan KKSP yang tidak ada pada yang lain

              yang benar
              abang long







16 October 2013

document map - mudah dan terancang



tempohari seorang rakan yang juga melanjutkan pengajian bertanya - samada aku menggunakan document map bagi penulisan aku - sejujurnya waktu itu aku tidak mengetahui apa itu document map - maka aku katakan kepadanya bahawa aku menggunakan word 2007 - perbualan terhenti begitu sahaja - mungkin beliau beranggapan - lain ditanya - lain dijawap - terasa kesal kerana tidak bertanya balas apa itu document map

hari ini - aku membelek belek buku tulis tesis cepat karya Dr Othman Talib 




mencari petua - untuk menulis dengan cepat dan berjaya - ironinya aku bertemu dengan document map di dalam penulisan beliau

"Malang sungguh anda yang ada pengalaman membuat Master tetapi tidak terus memulakan penulisan proposal PhD. Lagi awal anda mulakan penulisan lagi awal anda membina asas kukuh dan pemahaman menyeluruh kepada penyelidikan anda. Pelajarilah menulis tesis secara efisyen dan pantas melalui aplikasi document map / navigation pane bagi tujuan tersebut, nescaya penulisan anda anda lancar dan anda boleh menyusun maklumat dalam proposal anda secara sistematik."

aku tidak mahu menulis secara tidak bersistematik - aku tidak mahu membuang masa dengan kerja kerja yang terpaksa dan dipaksa dibuat berulang kali - tetapi aku tidak tahu apa itu document map - apa fungsi yang membolehkan ianya menyusun maklumat secara bersistematik

lantas aku membuka blog Dr Othman Talib - mencari maklumat - http://drotspss.blogspot.com/




juga menggunakan bantuan pakcik google - search >> document map for word 2007 <<

hasilnya




dan laman web yang membantu





(aku hanya pamirkan 2 laman web yang menunjukkan tentang fungsi document map - ada banyak lagi - cubalah google)

barulah terbuka minda berkaitan document map - rupa rupanya document map adalah satu fungsi yang terdapat di dalam word yang menstruktur dokumen untuk lebih mudah dijejaki - ia juga menunjukkan semua title dalam dokumen

dengan sedikit tutorial - aku cuba memahami dan mencuba - tidak sampai 1 jam - aku dapat menguasai - dan rasanya - ini bakal membantu penulisan aku lebih pantas selain bantuan daripada mendelay




untuk menjadikan document map berfungsi sepenuhnya - anda harus menggunakan beberapa petua seperti yang dinyatakan di dalam laman web di atas - selamat mencuba

07 October 2013

AMCs, Powder Metallurgy dan Kopi O



Alhamdullilah - setelah berhempas pulas beberapa ketika 


menyedut journal paper - membaca - membuat LR mapping  -buka/tutup draf proposal puluhan kali - design drawing - menulis - edit - menulis - edit

berkurung setiap malam - bertemankan kopi O kosong 

akhirnya conference paper tahun 2014 - berjaya disiapkan - syukur

in shaa allah paper ini akan menyertai IPCEM2014




walaupun sekadar review paper  - tetapi menyiapkannya satu rahmat -  umpama 3 dalam 1

pabila membaca journal paper - terkadang bertemu dengan statement yang menarik - berkaitan dengan kajian - aku copy paste terus dalam draf proposal - masukkan dalam LR mapping -  sekurang kurangnya aku dapat update draf proposal - menjimatkan masa - selepas ini hanya dibuat permurnian sahaja

bantuan dari mendeley melancarkan kerja - cite menjadi mudah dan cepat - kaedah skimming and scanning juga membantu


walaupun dah 2 hari disiapkan - baru hari ini berkesempatan untuk update blog







                signature