09 November 2012

Kenali Pembohong a.k.a Penipu


Setelah selesai membirukan mata hitam aku dengan soalan dari IELTS….aku pun lompat dari satu blog ke blog tetiba aku terpandang satu entri….baca dan cukup menarik…blog seorang kenalan maya…seorang ahli psikologi yang mempunyai PhD…memulakan hidup dengan kesusahan hingga membawa kepada kejayaan…
Bukan aku nak kongsi tentang kesusahan atau kejayaan beliau..apa yang aku nak kongsi adalah tentang bagaimana nak mengenali pembohong a.k.a  penipu…
Aku rasa beliau layak untuk membuat rumusan tentang pembohong dan penipu kerana beliau ahli psikologi….
Dari entri beliau aku ambil rumusan…bacalah…sebab boleh jadi sebagai panduan untuk kita……….


Tidakkah boleh kita tahu seseorang itu berbohong atau tidak?

Sebenarnya boleh. Kaedah paling konvensional ialah melihat gerakan tangan. 

Pembohong yang tidak cekap didapati banyak menggerakkan tangannya. Mengapa berlaku banyak gerakan?



Sebenarnya kerja memperdaya bukanlah hal mudah. Orang yang sedang berbohong juga sebenarnya secara automatiknya akan tertekan (stress). Ini disebabkan oleh perasaan bersalah. Ia juga mungkin disebabkan kebimbangan akan ditangkap. Jadi, secara automatiknya akan mengubah sistem nervous diri - misalnya kelam kabut, tidak fokus dan sebagainya.

Jadi - bagi mengurangkan keadaan kebimbangan ini, pembohong amatur biasanya cuba melakukan lebih banyak gerakan fizikal bagi menyembunyikan kebimbangannya. 

Sekiranya anda didatangi seseorang yang tidak dikenali dan cuba memperdaya anda, perhatikan tangan mereka. Jangan lupa perhatikan tepat ke mata mereka juga. Jadi ia akan menyebabkan mereka yang berbohong ini akan serba salah dan melakukan gerakan tangan lebih kerap.

Golongan kutu rayau dan penagih dadah mungkin dalam kategori ini. Mereka penipu amatur.

Bagaimana pula kalau mereka itu ialah mereka yang pintar. Misalnya individu yang tahu mengenalpasti perspektif atau pemikiran orang lain. Atau mereka yang pandai mengawal tingkahlaku? Mereka ini ialah penipu profesional. Mereka ini banyak berlakon.

Didapati kumpulan ini mampu mengawal gerakan tangan mereka. Mereka mengurangkan gerakan. Ini kerana mereka tahu sekiranya mereka melakukan lebih banyak gerakan, orang akan tahu mereka sedang menipu. Jadi mereka tidak mendedahkan tingkahlaku yang boleh menjebakkan mereka dari dikenalpasti.



No comments:

Post a Comment