aku teringat kata - kata rakan baik satu masa dahulu.....
S: hang buat master apa
A: mechanical
S: coursework or mix mode
A: research
S: mak aii...hang nak mati kot...susah nak lepaih tuu...
itu dialog 5 tahun lepas....itu first impression yang aku dapat dari rakan baik aku...termenung sekejap...sebab aku dah pun register untuk mulakan master aku melalui kaedah research...terasa macam silap pulak buat keputusan....
tapi bila fikir balik sebab apa aku pilih research ....aku rasa pilihan aku memang tepat...so jangan pandang belakang lagi dah......go ahead....
sebab apa aku pilih research...punca utama adalah sebab aku malas nak ambil exam...aku cukup tak suka exam...exam buat aku tak kalut dalam study week...makan tak menentu...tidur tak keruan....bangun mengadap buku...letih...tidur..bangun...mengadap buku lagi...letih...tidur....
teman teman aku masa dekat U dulu pun macam aku juga....sosial life hilang....semua nak kena ingat...semua nak kena faham....itu yang aku tak suka...bila perut lapar..baru keluar cari nasi....kalau tidak pun...beli roti banyak banyak simpan dalam bilik...lapar saja telan dengan air kopi...
...sebab itu aku pasang niat....habis saja first degree....tak perlu lagi exam....maksud aku exam yang hebat dalam hidup aku...cukup..cukuplah....
dan aku sendiri pun tak bercadang pun untuk belajar sampai ke level sekarang...cukup cukup lah....tapi takdir Allah...aku tak berupaya melawan....Allah membuka pintu hati aku untuk further study sehingga ke level ini...aku terima dengan penuh syukur...belajar tanpa exam....
...so balik ke cerita research tadi...susah sangat kerr???....kalau susah sebab apa ada orang dapat PhD through research area....inilah kata kata perangsang masa aku melalui liku liku sukar masa master degree....orang dapat PhD....aku yang buat master ciput ni...sebab apa tak boleh grad pulak...takan sampai nak kena mati kot!...(ada sorang rakan--buat master masa nak hujung hujung tamat...hari hari berak darah....hahaha..sorry bro...terkeluar cerita you...)tapi bagi yang mahu mendengar...research memang susah....susah kalau kita tak pandai nak manage study kita...honey moon setiap masa....jumpa supervisor pun 2-3 bulan sekali....kurang baca...kurang bertanya....malas nak search dalam internet....pergi library cari bahan.... masuk lab kadang kadang....itu tandanya memang menempah kubur sendiri....kalau kita pandai manage everything must complete on time...percayalah...tiang seri dalam research method adalah manage diri sendiri..
buat baik dengan supervisor itu yang paling penting...ingat supervisor adalah insan yang sibuk...kita yang kena pandai nak control supervisor ....diorang hanya bagi cadangan...kita yang kena dapat information dengan lebih banyak lagi...dah aku bersyukur ...sebab sesibuk mana supervisor aku sekali pun...aku tetap email atau call.....beri info tentang setiap finding aku...terima kasih Dr Khairel Rafizi Ahmad...
...bagi yang mahu mendengar....buatlah master dalam bidang research..anda tidak perlu group untuk pembentangan...anda tidak perlu cari maklumat seorang diri dan yang lain hanya tunggu untuk telan....dan anda tidak perlu makan hati dengan ahli group anda....anda adalah anda....tiap apa yang anda lakukan adalah untuk kepuasan diri anda sahaja...
...dan yang paling penting....jika anda berhajat untuk sambung pengajian ke PhD di luar negara....perkara utama yang di persoalkan oleh supervisor luar negara adalah tentang research experience yang anda ada...
>>Ingatlah...study melalui research tak mati pun walau anda study engineering....<<
walaupun aku tak suka exam...24/11/2012 aku terpaksa juga tempoh exam terpenting....IELTS...doakan aku berjaya....
22 November 2012
09 November 2012
Kenali Pembohong a.k.a Penipu
Setelah
selesai membirukan mata hitam aku dengan soalan dari IELTS….aku pun lompat dari
satu blog ke blog tetiba aku terpandang satu entri….baca dan cukup menarik…blog
seorang kenalan maya…seorang ahli psikologi yang mempunyai PhD…memulakan hidup
dengan kesusahan hingga membawa kepada kejayaan…
Bukan
aku nak kongsi tentang kesusahan atau kejayaan beliau..apa yang aku nak kongsi
adalah tentang bagaimana nak mengenali pembohong a.k.a penipu…
Aku
rasa beliau layak untuk membuat rumusan tentang pembohong dan penipu kerana beliau
ahli psikologi….
Dari
entri beliau aku ambil rumusan…bacalah…sebab boleh jadi sebagai panduan untuk
kita……….
Tidakkah boleh kita tahu seseorang itu berbohong atau tidak?
Sebenarnya boleh. Kaedah paling konvensional ialah melihat gerakan tangan.
Pembohong yang tidak cekap didapati banyak menggerakkan tangannya. Mengapa berlaku banyak gerakan?
Sebenarnya boleh. Kaedah paling konvensional ialah melihat gerakan tangan.
Pembohong yang tidak cekap didapati banyak menggerakkan tangannya. Mengapa berlaku banyak gerakan?
Sebenarnya kerja memperdaya bukanlah hal mudah. Orang yang sedang berbohong juga sebenarnya secara automatiknya akan tertekan (stress). Ini disebabkan oleh perasaan bersalah. Ia juga mungkin disebabkan kebimbangan akan ditangkap. Jadi, secara automatiknya akan mengubah sistem nervous diri - misalnya kelam kabut, tidak fokus dan sebagainya.
Jadi - bagi mengurangkan keadaan kebimbangan ini, pembohong amatur biasanya cuba melakukan lebih banyak gerakan fizikal bagi menyembunyikan kebimbangannya.
Sekiranya anda didatangi seseorang yang tidak dikenali dan cuba memperdaya anda, perhatikan tangan mereka. Jangan lupa perhatikan tepat ke mata mereka juga. Jadi ia akan menyebabkan mereka yang berbohong ini akan serba salah dan melakukan gerakan tangan lebih kerap.
Golongan kutu rayau dan penagih dadah mungkin dalam kategori ini. Mereka penipu amatur.
Bagaimana pula kalau mereka itu ialah mereka yang pintar. Misalnya individu yang tahu mengenalpasti perspektif atau pemikiran orang lain. Atau mereka yang pandai mengawal tingkahlaku? Mereka ini ialah penipu profesional. Mereka ini banyak berlakon.
Didapati kumpulan ini mampu mengawal gerakan tangan mereka. Mereka mengurangkan gerakan. Ini kerana mereka tahu sekiranya mereka melakukan lebih banyak gerakan, orang akan tahu mereka sedang menipu. Jadi mereka tidak mendedahkan tingkahlaku yang boleh menjebakkan mereka dari dikenalpasti.
08 November 2012
15 tahun bersama....
Isteriku
Hari ini, genap 15 tahun kita hidup bersama dan bersatu....tempoh
yang panjang tetapi terasa singkat....seperti baru 2 – 3 hari lepas aku mengenggam tangan Kadi…melafaz
kata “aku terima…..” dan kini telah masuk tahun yang ke 15…begitu cepat masa
berlalu…
Aku masih ingat, takala dimana hari kita di ijap kabul…kita
berpakaian sedondong…dikelilingi sanak saudara selepas upacara angkat nikah…duduk
tertunduk malu...
Jika dihitung, sebelum menempuh perkhawinan…kita telah
kenal mengenali hampir 7 tahun…ini bermakna telah 22 tahun kita bersua...dengan
hanya sekeping kad ucapan hari raya...itulah permulaan tautan kasih kita...ditambah
dengan usikan rakan rakan...kita kenal mengenali...mencari resipi hati budi....terima
kasih buat Iza, Ku, Mie, Gee, Sham, Shidi, Mus
kerana menjadi penasihat...dan jodoh kita ditemukan dengan restu
keluarga tercinta....
Isteriku
Selama 15 tahun bersama…kita seperti di atas roda…susah...senang...gembira...duka...
pahit..manis…kita hadapi….dan aku bersyukur kerana dalam duka ada gembira…dalam
pahit ada manis…dalam susah ada senang….dalam rajuk ada tawa...kita garap
semuanya sebagai ramuan alam rumahtangga…mungkin itu yang menjadikan alam berumahtangga
kita terasa seperti baru ditempuh…engkau suci dalam debu...
Isteriku
Sepanjang 15 tahun, engkau menjadi saksi dalam jatuh
bangun hidup aku...takala minda berserabut dengan Master...engkau penyuntik
semangat...takala hidup di bebani kekalutan kerja...engkau pelebur kerungsingan...benar
kata orang isteri dari tulang rusuk suami dan pelengkap kehidupan...aku tahu
sepanjang 15 tahun...umpama gigi dengan lidah...walau saling memerlukan
terkadang tergigit jua...namun kita berjaya hadapi...itulah istimewanya kita
sebagai pasangan...dan jika ditakdirkan umur kita panjang....pastinya tahun
hadapan...hidup aku akan kembali dengan minda yang berselerakan....minda yang
penuh dengan kelesuan...dan aku mengharapkan engkau akan setia disisi...memberi
penawar dan perangsang....kerana kita berada dibumi asing....
Isteriku
Sepanjang 15 tahun, kita miliki 5 orang cahaya mata…kita
didik dan asuh dengan penuh kasih sayang...sebagaimana kita kasih dan sayang
sesama kita...inilah harta yang paling bermakna buat kita...dan insyaallah anak
anak kita inilah yang akan mendoakan kepada kita seandainya kita tiada lagi di
dunia ini...didiklah mereka dengan sepenuh jiwa...
Isteriku
15 tahun telah berlalu....dan 15 tahun dan 15 tahun dan
15 tahun yang akan mendatang kita akan tetap utuh sebagai pasangan seperti hari
dahulu...dan kini...dan aku sentiasa berdoa..engkaulah yang menjadi bidadari
aku semasa diakhirat kelak...insyaallah....
04 November 2012
90% TO GO....
dari entri seorang kenalan >>>
Seorang kawan, setelah satu kertas jurnalnya ditolak bertanya, susah sangatkah PhD ini?
PhD tidaklah semudah yang dijangka. Ia tidak semudah membeli sekeping kertas tertera atasnya kelayakan tertentu di tepi jalan. Ia cerita panjang yang sesekali menyeronokkan, sesekali menakutkan. Tetapi ia juga bukanlah sepayah cerita rumahtangga yang berantakan yang tidak diketahui hujung pangkalnya.
Ada orang - yang perlu menghabiskan 4 atau 5 tahun menyiapkan sebuah buku yang entah siapa yang akan membacanya.
Bagi sesetengah yang lain, mampu menyelesaikannya dalam tempoh 3 tahun. Ia tempoh yang paling baik, walaupun bukanlah jangka waktu yang ideal.
Apa yang menjadikan PhD ini agak sukar untuk diceritakan. Ia bercampur baur dengan dunia teori dan akademik. Ia juga berselirat dengan bagaimana mengendalikan penyelia. Kadang-kadang, ia ditambah pula dengan pertentangan ideologi pemeriksa. Semua inilah yang menjadikan PhD hanyalah sekeping kertas nasib - yang ada orang yang mampu memilikinya dengan mudah, ada yang sukar. Ada yang pulang hampa - semua usaha ibarat menuang air ke daun keladi.
Kalau orang bertanya aku - aku akan katakan - sebagaimana anda telah memilih jalan anda sendiri, gunalah cara anda sendiri mengendalikannya.
...DAN AKU....PERJALANAN MASIH JAUH...10% YANG PENUH LIKU...CURAM...KELAM DAN...SERAM...BAGAIMANA UNTUK MENEMPUH HALANGAN 90% YANG WAJIB UNTUK DI TEROKA...
Subscribe to:
Posts (Atom)