17 February 2012

kain pelikat dan solat


apabila tiba waktu aku nak bersolat, pastinya anak ke 4 aku (kami sekeluarga panggil adik) adalah orang yang paling sibuk...sibuk menyusun sejadah...walaupun baru berusia 5 tahun..adik cukup teruja nak buat semua itu....
tapi petang tadi...adik minta sesuatu dari aku....
”abah...edel nak pakai kain macam abah”
permintaan adik..membuatkan aku teringat kembali pada kejadian yang sama seperti yang berlaku pada hari ini...aku pun pernah minta aruah pak untuk belikan aku kain untuk dipakai semasa solat...waktu itu aku belajar di tadika...
bila tiba waktu solat...aku selalu ikut pak dari belakang... pak adalah guru pertama yang mengajar aku cara bersolat...
permintaan aku cepat ditunai oleh pak...
balik dari tadika...mak berada dimuka pintu...semasa aku pijak tangga untuk naik ke rumah..mak hulurkan beg plastik...bila aku buka....ada sehelai kain pelikat kanak kanak...wah!!! aku cukup gembira kerana aku boleh pakai untuk bersolat bersama pak...
permintaan adik pastinya akan aku tunai secepat mungkin...sebagaimana pak tunaikan permintaan aku dahulu...
terima kasih pak kerana mengajar aku solat

No comments:

Post a Comment