pengalaman aku dalam bab menuntut ilmu nie...macam roda....aku pernah berada di bawah...kemudian di atas...di puncak kejayaan...tapi akhirnya terjunam ke bawah kembali...tapi bila di nilai.....kesilapan diri sendiri yang membuatkan aku berada di bawah roda kejayaan...
dalam posting kali ini aku nak selongkar balik pengalaman aku dalam bidang pendidikan...dah lama aku simpan writting nie...tunggu masa yang sesuai untuk di “pam” dalam blog...
1978 – aku mula masuk darjah 1 di Sekolah Rendah Ibrahim (SRI), Sg Petani.... SEKOLAH nie terkenal di Sg Petani...dahulu beraliran Inggeris...jadi ramai ibubapa yang nak menyekolahkan anak mereka di sini...tapi di zaman aku bersekolah dah tak ada lagi aliran Inggeris.....sekolah ibrahim hanya untuk pelajar lelaki sahaja (dahulu disebut sebagai murid laki-laki)... murid sekolah ibrahim dari perbagai bangsa....>>....aku dah lama mempratikkan 1Malaysia...RUPANYA<<....di sini aku mula mempunyai kawan-kawan...sebelum ini kawan-kawan aku cuma sepupu sepapat aku saja...ada di kalangan kawan kawan yg aku dah kenal sebab sama ber tadika dahulu....tak kira bangsa....kami berkawan semua....TONG WENG CHONG, RAJARAM, MAZRUL, ANUAR AHMAD, MD FAIZUL, ALVIN TAN, MARK PREM KUMAR, AMRIT SINGH, NAZARUDDIN, JARJIT SINGH, UTAY, RIDZUAN, NAZRI HASSAN.....sebahagian nama yang masih aku ingat.>>terima kasih FB kerana dapat menemukan aku kembali dengan rakan dari sekolah ibrahim yang dah lama terputus hubungan<<
sebenarnya pak yang medaftarkan aku di sekolah nie.....bagi pak....kalau cucu lelaki hantar ke sekolah ibrahim....kalau cucu perempuan ke sekolah convent.....dia nak cucu cucu dia mendapat pendidikan yang terbaik.....walaupun dia tak bersekolah tinggi...(walau tak bersekolah tinggi tapi pak mampu menulis dan membaca dengan baik dalam jawi dan rumi)
semasa aku di sekolah rendah.....kemampuan aku dalam pelajaran kurang menyerlah.....mungkin aku lebih banyak main dari belajar......mungkin juga aku boleh di kategorikan sebagai lembab......aku lemah dalam matematik (dulu disebut sebagai subjek ilmu hisap)....dan.....bahasa inggeris.....aku kerap kali gagal dalam subjek ni....dari darjah 1 hingga 4.....boleh di bilang dengan jari saja berapa kali aku lulus subjek ni...>>tak macam anak anak aku...along, angah dan achik memang mantap dalam subjek ni...kalau banding dengan aku...macam langit dengan bumi...(syukur kepada Allah kerana mengurniakan aku dengan anak anak yang pintar)<<
1982 – tahun aku mengambil Peperiksaan Penilaian Darjah 5 (kini setaraf UPSR)... disini segala galanya berubah sedikit demi sedikit...aku dah mula fokus dalam pelajaran...>>sampai kini aku pun konfius....dari mana aku mendapat kesedaran...mungkin nak lawan dengan sepupu aku kot...nama dia....Nat<<
aku mula belajar dengan tekun.....abah dan mama masukkan aku ke kelas tuisyen...yang hantar aku pergi dan balik dari tuisyen adalah pak...(aku dah lupa nama cikgu tuisyen aku...seorang guru berbangsa cina...tak lokek ilmu – terima kasih cikgu)
bila di umumkan keputusan peperiksaan penilaian darjah 5....keputusan aku tak mengecewakan....aku dapat B dalam matematik dan bahasa inggeris.... :
MORAL of the Story : kalau berusaha bersungguh sungguh...fokus...berdoa...dan bertawalkal..pasti BERJAYA...
1984 – aku mula masuk sekolah menengah....Sekolah Menengah Ibrahim....>>sekarang Sek Men Ibrahim dah jadi Sek Berprestasi Tinggi dan Sek Kluster<<....nak masuk sekolah nie....ada penapisan.....tak semua dari sek rendah ibrahim dapat masuk....ramai kawan kawan aku di hantar ke sekolah lain sekitar Sg Petani.....semuanya ikut kepada keputusan peperiksaan darjah 5......dan aku bersyukur kerana ditempatkan di sekolah ini....dahulu kalau bagi tau bersekolah di Sek Men Ibrahim.....pasti orang akan solute....sebab pelajar ibrahim hebat....maklumlah Sek Men Ibrahim....sekolah yang dibuka pada tahun 1919
di sini.....berlaku....kejutan.....
semasa di tingkatan 1......aku hanyalah pelajar yang sederhana saja.....sebab tu aku berada di kelas ke 2 (1T2).....begitu juga semasa di tingkatan 2....aku masih di kelas ke 2 (2T2)......tapi apabila masuk bulan ke 4 (1985)....berlaku perubahan kelas....
aku masih ingat peristiwa ini.....
satu hari datang beberapa orang guru dalam kelas...termasuk seorang cikgu cina >>Cikgu Cheng ....pelajar yang dipanggil nama...bawa beg dan masuk dalam kelas yang diberitahu....bila selesai pembahagian kelas...nama aku tak tersenarai pun!!!!....aku tak kisah...sebab aku tak mahu pun tukar kelas..menyusahkan....tiba tiba mata aku bertembung dengan mata cikgu cheng....tak semena mena dia melambai kepada aku sambil berkata “ambil beg..ikut saya”....aduh!!!!....aku kena tukar kelas juga....sebenarnya aku tak mahu tukar kelas...sebab aku takut kena tukar ke kelas belakang....(kelas belakang = kelas pelajar yang tak ngam dengan sifat aku....kaki bising....pengacau....nakal)....TAPI cikgu cheng bawa aku ke kelas hadapan....kelas 2T1...kelas yang terkenal dengan pelajar pintar....dan....
kata cikgu cheng kepada guru kelas 2T1 (Ust Jariah Lebai Din >> adik kepada Tn Hj Haron Din & Hassan Din Al Hafiz))...”saya nak masukkan seorang lagi pelajar dalam kelas ni....nama dia tak ada...tapi saya akan masuk kemudian”.
...wah!!!...aku di masukkan dalam kelas 2T1....kalau ikut pencapaian prestasi peperiksaan...sampai tamat sekolah pun aku tak mungkin dapat join pelajar 2T1......
pelajar 2T1......memang kaki belajar....cikgu tak ada pun diorang belajar sendiri sendiri....maka bermulalah aku sebagai sebahagian dari pelajar pintar Sek Men Ibrahim.....dan di sini adalah titik perubahan diri aku menjadi pelajar yang mempunyai fokus masa hadapan.......
BERSAMBUNG......
No comments:
Post a Comment