20 October 2014

ilmu manipulasi



apa yang anda faham tentang manipulasi?

kamus dewan DBP edisi ke 4 menyatakan
“manipulasi adalah segala tindakan dan selok-belok untuk memperdayakan orang atau mempengaruhi perlakuan atau pendirian orang lain tanpa disedari orang itu”

manakala pendapat dari http://iqqqtbashir.blogspot.com/2012/11/manipulasi.html merumuskan bahawa
"manipulasi membawa maksud mengubah sesuatu benda, mengubah ayat asal jadi tak asal, mengubah ayat benar jadi salah, mengubah ayat salah jadi benar, ubah ubah dan terus berubah"

pemain manipulasi mampu mengubah dari keadaan bersalah kepada tidak bersalah

yang bersalah adalah orang yang dijadikan sebagai mangsa

sedangkan dalam keadaan asal – mangsa tidak bersalah walau secalit sekalipun

dan ada pemain manipulasi mampu menarik orang di sekelilingnya untuk bersama

dengan kata mudah – pemain manipulasi memainkan satu peranan dengan niat jahat untuk menjatuhkan seseorang tanpa disedari

mulut dan perbuatan boleh menjadi alat manipulasi

rakan taulan – jiran tetangga – saudara – hatta sesiapa sekalipun mampu memainkan peranan dalam mewujudkan manipulasi

manipulasi ini lahir dari hati dan akal yang kotor

demi mencapai maksud dan tujuan

demi mencapai kepuasan hati

bila agaknya pemain manipulasi mampu disedarkan

adalah sehingga nyawa berada di hujung halkum

mungkin mereka terlupa

DOA dari insan teraniaya pasti dikalbukan Allah 

jangan menuntut ilmu manipulasi

ianya mencerminkan hati yang kotor lagi jijik


18 October 2014

kejuruteraan dan kebesaran Ilahi



X5

Ini hasil berkurung di dalam lab minggu ini - dapatan analisa microstructure aluminum dari series AA3XX

bagi sesetengah orang – ianya tidak membawa sebarang maksud - mungkin satu hasil seni yang cantik

tetapi – ketahuilah – inilah kebesaran Allah

mana mungkin manusia mampu untuk mengatur keadaan yang sedemikian

X10

dalam satu potongan aluminum berdiameter 10mm X 10mm – mungkin mengandungi ribuan – malahan mungkin jutaan struktur aluminum dendrite yang berpegangan sesama sendiri - mampukah manusia menyusun dan mengatur semuanya? - jalinan ini yang menjadikan aluminum unik dari material yang lain

sebenarnya tidak kira apa cabang ilmu yang dipelajari – waima - engineering – science social – biochemical – maths - mahupun apa sahaja

semuanya ada kuasa Allah yang tersembunyi 

X50

dengan itu - jangan pisahkan sains dengan agama – kerana dia mampu menyesatkan kita

apabila melihat kepada sains – lihatlah pada kebesaran Allah - nescaya kita dekat denganNya

wallahualam bissawab












06 October 2014

La Tahzan



coretan kecil ini - buat sahabat lama - Mie - yang dilanda musibah sewaktu pulang beraya 


siapa yang tidak pernah di landa musibah dan kesulitan - semua manusia pernah melaluinya - jika tidak besar - kecil pun di kira musibah

kadang kala musibah ini bersifat berpanjangan - pastinya  - musibah ini di ibarat seperti bara api - membara - dan - memberi kesan kepada yang menerima - terkadang hilangpunca penerima mencari penyelesaian

tika di landa musibah ramai yang tampil menolong

ada kelompok yang berusaha membantu meniup bara api supaya padam - walaupun lambat - tapi berusaha untuk memadamkan nya - supaya yang menanggungnya tidak tertinggal kesan

namun terdapat satu golongan juga meniup bara api itu - tapi bukan untuk memadamkan nya - sebalik berusaha untuk menyemarakkan bara yang kecil - terus menjadi api yang besar - dan - meninggalkan parut yang mendalam kepada penerima

jika ditanya kepada ku - mana satukah yang dipilih

nescaya aku memilih untuk menjadi seperti burung kecil di zaman Nabi Ibrahim - walau api yang kuat serta marak sedang membakar Nabi Ibrahim - burung kecil masih berusaha membawa air yang sedikit pada paruhnya untuk memadamkan api itu - walaupun air yang sedikit tidak memberi kesan kepada api - tetapi tetap berusaha - itulah yang dikatakan insani


bagi yang di landa musibah ingatlah


sekian 



03 October 2014

mengesan plagiat


secara tidak sengaja…semasa giat mengumpulkan maklumat untuk chapter literature review…terjumpa dengan dua thesis ini…author berbeza…tahun berbeza…tapi datang dari satu Uni yang sama… kedua duanya memiliki nama agak kemelayuan

Author - A(2008)

(click pic untuk pembesaran)

Author - B(2010)


terang lagi bersuluh…ini yang dikatakan plagiat…jelas tidak ada unsur suntingan dan citation di dalam thesis B (2010)...hasil dari bacaan...thesis B(2010) telah mengambil keseluruhan penulisan dari thesis A(2008)...dengan kata mudah…thesis B(2010) telah memplagiat thesis A(2008)…tapi bagaimana pula dengan A(2008)…adakah ini hasil sebenar beliau…entahlah

dunia akademik tidak dapat lari dari isu plagiat rupanya…bukan sahaja berlaku di tempat sendiri…di luar Negara juga sama sahaja… kesannya amat memalukan jika dapat dibuktikan begini

mungkin pada masa itu belum ada lagi plagiarism software seperti turnitin atau iThenticate atau sebagainya maka ianya tidak dapat dikesan awal oleh pihak Uni…kerana itu…kini pihak Uni mengambil langkah membasmi plagiat dengan mensyaratkan semua thesis melalui proses menyemak plagiat…kebanyakan Uni menggunakan turnitin

hakikatnya untuk membasmi plagiat adalah datang dari kejujuran pelajar sendiri…sesukar mana sekalipun dalam menyiapkan thesis…elaklah dari memplagiat hasil orang…pastinya thesis yang disiapkan akan memberi kepuasan apabila sampai ke penghujung pengajian…dan ianya secara tidak langsung dapat menaikan taraf kajian

teringat satu kisah yang berlaku semasa penulis masih berada di sekolah menengah---sekitar pertengahan tahun 80’an---seorang pensyarah U ditarik balik PhDnya kerana memplagiat hasil kajian pelajar masternya---bagaimana kesudahan nasib pensyarah itu---wallahualam bissawab


28 September 2014

Poster Presentation



ingatkan senang saja nak sediakan poster presentation....rupanya agak rumit juga....kalau just buat black n white mungkin mudah....tapi bila ianya melibatkan international conference....pastilah nak kena bagi menarik....menarik untuk orang lihat...dan seterusnya dibaca....colour nak kena pilih yang sedap dipandang...design pun nak kena main peranan....tak bolehlah just copy text or results dari thesis...then...paste ikut suka....nanti jadik rojak poster....so sehari dua ni bermulalah kerja mendraf poster...

draf tanpa text

permerhatian aku....perkara yang paling penting adalah colour...aku cuba macam macam colour background....2 tone lah...ada satu masa cuba buat sampai 3 tone...tapi tak menarik...sebab nampak macam satu layer sahaja bila masuk text...so aku terfikir nak combine dengan abstract picture sebagai background....dan hasilnya macam draf picture diatas tu...dah cuba masukkan text...tak ada masalah untuk orang baca...masih boleh fokus pada text walau ada background picture...
yang kedua penting...adalah layout...location untuk setiap chapter kena ambik kira...so aku guna kaedah split 1/3...macam kaedah orang ambik gambar...untuk metarial and method..cadang nak letak dalam bentuk flow chart sahaja...so penggunaan text boleh dikurangkan...orang mungkin lebih berminat nak tengok dari membaca berjela jela text....

ohh...lupa nak bagitau....poster ini cadangnya untuk international conference di melaka pada december nanti....anjuran UTeM dan UTHM....tapi terfikir juga untuk join...coz fee dia mahal...RM500 untuk satu penyertaan....hohoho....tak apalah...buat poster dahulu...nanti fikir....join ke tidak...


10 September 2014

kek marble versi moisture


nak bina experiment parameters sama macam nak buat kek

dah set dalam kepala nak buat kek marble – bahan dah tersedia – nak kena mix saja – tapi nak tunjuk terror macam chef kamarul – mix ikut sesedap rasa

inovasi punya pasai – kek tak jadik – lebih teruk dapat kek marble versi moisture – hitam legam dan melekik - nak makan sendiri pun tak lalu – apatah lagi nak bagi orang makan – rasa kek marble jauh beza dari kek moisture - kek marble colourful - macam rainbow!

macam tulah assumption aku - yang tengah pening - cari parameters untuk buat experiment surface roughness

bahan memang dah tersedia – nak cari method dan parameters saja – kena cari yang bertepatan dengan research – kalau ikut hati boleh hentam ikut suka – janji buat experiment surface  – tapi takut jadi macam kek marble versi moisture – nak komen dalam chapter result nanti apa pun tak tau

nak paham term dia pun sakit

semua nie jadi sebab tak ada ilmu – tak pernah pun belajar surface roughness masa buat first degree dulu – nama surface roughness nie pun tau masa buat master – itupun sebab ada sorang lecturer dari school mechatronic yang suruh buat – tapi aku buat ignore saja - sebab experiment waktu tu dah cukup untuk student master

tapi la nie - by hook or by crook - nak kena buat juga – dan orang yang suruh buat adalah orang yang sama – kebetulan dia jadi examiner masa defence proposal - dia kata dia ingat aku – sebab dia juga salah sorang internal examiner masa viva master dulu

kalau tak ikut kali nie memang tak boleh – sebab – dia dah warning waktu defence

kata dia – phd U dalam mechanical – tapi U buat banyak experiment tentang material saja – di mana mechanical Phd U - kena buat surface roughness baru nampak phd mechanical

tu belum kira lagi dia suruh study ANOVA untuk proses data – 7 tahun pun belum tentu abis!! – surface roughness nak kena buat – ANOVA nak kena belajar – Finite Element nak kena design – aduhh – kalau dulu masa belajar degree – belajar semua nie tak apalah juga  – sekurang kurang basic dah ada

so minggu nie nak kena download paper dan thesis orang – nak kena tengok procedure surface roughness – nak kena compare mana2 parameters yang sesuai – susun elok elok - mungkin lepas nie boleh tetap parameters sendiri


semoga Allah permudahkan