aku bukan dilahirkan bijak – acapkali mendapat nombor
tercorot di sekolah rendah – tidak pernah berada dalam kelas nombor
1 mahupun nombor 2 – yang terbaik hanya di dalam kelas nombor 3 – itupun sewaktu
darjah 4 dan darjah 6
aku tidak bijak kerana aku tidak berusaha – aku kurang
bijak kerana aku malas – itu satu penyakit
aku tinggal dengan tok dan wan– aku panggil mereka pak
dan mak - apa yang mereka tahu – aku mesti ke sekolah – balik sekolah – beg di
tinggalkan – terkadang kerja sekolah pun tak buat – apatah lagi nak membaca –
masuk peperiksaan tak pernah buat ulangkaji – main hentam saja – apa yang aku
ingat – aku jawap – yang lain lain – ikut kata hati
bila dapat report card – aku tunjuk dekat pak – sebab lebih
banyak merah dari biru - pasti singgah penampar!!
hidup sebagai budak kurang bijak – sememangnya dipandang tanpa
mata oleh saudara dan guru – sebab itu – aku selalu nasihat anak anak –
jadi budak bijak – baru cikgu sayang – kawan kawan pun susah nak ada – sebab mungkin
satu bebanan kot berkawan dengan orang kurang bijak
mak selalu kata – kalau tidak bijak – nanti orang pandang
hina – nak kerja budak pejabat pun tak boleh – tapi nak buat macam mana –
memang aku tak bijak
pernah seorang bapa saudara berkata – nanti dia nak beli
lembu untuk aku jaga – mungkin sebab tak bijak – pada pandangannya itulah pekerjaan yang sesuai untuk
aku
sebenarnya aku tidak bijak kerana aku susah menguasai
matematik dan bahasa inggeris – rasanya tak pernah lulus pun – aku pun tak tahu
mengapa bengap sangat otak aku waktu itu
tapi semuanya berubah bila aku ke sekolah menengah – baru
aku tahu apa itu belajar – dan – bagaimana nak belajar – yang pasti
jangan malas
jangan malas
jangan malas
tak bijak boleh di lentur – dan - galakan keluarga yang
paling penting
sekarang pun – aku bukannya bijak sangat – tapi aku tak
malas untuk belajar