09 February 2015

dugaan atau kifarah



adakah ini dugaan atau kifarah terhadap aku
kedua duanya bermain difikiran
di datangi musibah silih berganti

Jumaat 6/2/2015
selesai majlis rekacipta dan penyelidikan unimap– aku bergegas balik ke sungai petani

sampai di kilometer 56.7 arah selatan – tiba tiba terdengar bunyi dentuman 

Subhanallah – ada sebatang besi panjang sejengkal - sebesar jari kelingking tercucuk di pada tayar – syukur Alhamdullilah – nasib baik tayar tak meletup masa tu – jika meletup – tak tahu lah kesudahannya






tunggu bantuan dari plus kerana kereta tiada tayar spare – terpaksa naik loader truck plus – tapi dihantar sampai ke tol pendang sahaja – lebih kurang 15 km dari tempat kejadian

di tol pendang – call wife di sungai petani untuk datang bantu - dengan harapan bawa tayar ke kedai untuk ganti -  tapi lain pula jadi - berusaha buka tayar tapi tak boleh – nut terlalu ketat – jadi ambik keputusan drive perlahan lahan ke pekan pendang 

benar benar bertawakkal kepada Allah semasa drive – takut tayar meletup – walau tercucuk besi tapi angin tidak keluar langsung

masalah bertambah rumit – dua tiga kedai tayar terdekat tutup – rupanya kebanyakkan kedai di pendang tutup hari jumaat

terpaksa drive sehingga ke pekan tanah merah – alhamdullilah – ada kedai tayar yang masih buka - kena tukar tayar baru walaupun baru sahaja ditukar 2 bulan lepas 

tambah satu lagi kerumitan - saiz tayar pula tak ada - 205/55/R16 - tapi tokey kedai berusaha mencari - lama juga menunggu tayar - Alhamdullilah selesai semuanya - drive balik ke sungai petani

Ahad – 8/2/2015
Jam 6.45 pagi – seperti biasa keluar rumah untuk hantar anak ke sekolah – bila tengok minyak perlu di isi – ambik keputusan ke stesen minyak dahulu

tidak jauh dari stesen minyak – sekali lagi dengar bunyi dentuman – kali ini lebih kuat – kereta rasa seperti terseret

di stesen minyak – check kereta– Subhanallah – body kereta rapat ke tayar – rupa absorber belakang sebelah kiri dah tak fungsi - absorber yang sama dengan tayar yang tercucuk besi

sekali lagi bertawakkal kepada Allah – walau body dah rapat ke tayar – gagahi juga drive balik rumah - tukar kereta - jika tidak anak tak ke sekolah - kebetulan anak ada 2 tugasan yang perlu dihantar

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

sebetulnya aku sedang di uji kesabaran menghadapi fasa kesukaran 

aku terfikir – adalah Allah sedang menduga aku – melihat sejauh mana kesabaran – atau - adakah Allah mahu mendengar rintihan aku - ataupun – ini satu kifarah terhadap aku – kifarah terhadap dosa dosa yang aku lakukan tanpa disedari

Ya Allah - sebetulnya -  hati ini terlalu sedih Ya Allah – sedih dengan keadaan yang aku hadapi ini – selepas satu – datang pula dugaan dan musibah silih berganti – namun aku pasrah untuk menghadapinya Ya Allah

Ya Allah – andai ini satu dugaan atau kifarah dari Mu – Ampunilah Aku - kuatkan aku untuk menghadapinya – jangan digugatkan keImanan ini – tapi tambahkan lah dan kukuhkan keImanan aku

dalam 1 minggu - diuji dengan 2 musibah - dan - aku redho di atas ketentuanMu Ya Allah



No comments:

Post a Comment