apa yang anda
faham tentang manipulasi?
kamus dewan DBP
edisi ke 4 menyatakan
“manipulasi adalah segala tindakan dan
selok-belok untuk memperdayakan orang atau mempengaruhi perlakuan atau pendirian
orang lain tanpa disedari orang itu”
manakala pendapat dari http://iqqqtbashir.blogspot.com/2012/11/manipulasi.html
merumuskan bahawa
"manipulasi membawa
maksud mengubah sesuatu benda, mengubah ayat asal jadi tak asal, mengubah ayat
benar jadi salah, mengubah ayat salah jadi benar, ubah ubah dan terus berubah"
pemain manipulasi
mampu mengubah dari keadaan bersalah kepada tidak bersalah
yang bersalah
adalah orang yang dijadikan sebagai mangsa
sedangkan dalam
keadaan asal – mangsa tidak bersalah walau secalit sekalipun
dan ada pemain
manipulasi mampu menarik orang di sekelilingnya untuk bersama
dengan kata mudah –
pemain manipulasi memainkan satu peranan dengan niat jahat untuk menjatuhkan
seseorang tanpa disedari
mulut dan perbuatan
boleh menjadi alat manipulasi
rakan taulan –
jiran tetangga – saudara – hatta sesiapa sekalipun mampu memainkan peranan
dalam mewujudkan manipulasi
manipulasi ini
lahir dari hati dan akal yang kotor
demi mencapai
maksud dan tujuan
demi mencapai
kepuasan hati
bila agaknya pemain
manipulasi mampu disedarkan
adalah sehingga
nyawa berada di hujung halkum
mungkin mereka
terlupa
DOA dari insan teraniaya
pasti dikalbukan Allah
jangan menuntut ilmu manipulasi
ianya mencerminkan hati yang kotor lagi jijik