22 January 2014
dalam genggaman Mu
kita hanya merancang....Allah menentukan segalanya
dikala kerja belajar semakin bertambah....migrain datang tanpa dijemput.... 3 hari terlantar tanpa sebarang progress....apatah lagi semakin dekat dengan hari conference IPCEM2014....pelbagai persiapan perlu dilakukan....semuanya tertangguh....begitu juga dengan permintaan dari SV....minta untuk sediakan material bagi testing pada 24/1 kelak....semuanya belum terlaksana lagi...tapi...
Alhamdullilah....walaupun kesan migrain masih terasa....berupaya juga untuk touch up slide presentation dan sebagainya
semua ini menyedarkan aku....bahawa kita hidup di dalam genggaman Allah...semuanya telah tersurat....sihat sebelum sakit adalah satu rahmat yang tidak terhingga....
semoga migrain ini kian reda....semoga diberikan kesihatan yang terbaik...dan...semoga conference yang bakal dihadiri akan bertemu dengan kejayaan....In Shaa Allah
15 January 2014
pengalaman itu indah
spm telah lama berlalu - apa
khabar agaknya pelajar pelajar tersebut - kemungkinan ada diantara mereka bersantai
sahaja – dan – ada yang sedang bekerja sementara menantikan keputusan
peperiksaan – mencari wang saku dan mengutip pengalaman berharga – boleh dikenang
diusia tua
aku mengibau kembali – apa yang
telah aku lalui 25 tahun dahulu
setelah tamat spm 1988 – aku kembali
ke kampung halaman di Sungai Petani dan tinggal dengan mak dan pak – setelah 2 tahun “berpisah
sementara”
2 minggu pertama – tak ada apa
yang aku buat – mungkin makan – tidur – acapkali juga aku berbasikal ke pekan
sungai petani – menemui rakan baik aku – mohd zaini abdul jalil –melepak - masa dihabiskan begitu sahaja
waktu malam – aku melukis pelan
rumah – mempratikkan apa yang aku pelajari semasa di sek teknik pulau pinang –
aku buat secara suka suka – seingat aku – ada 3 pelan rumah yang aku siapkan
dalam tempoh menunggu result spm – cuma 1 sahaja yang masih dalam simpanan sehingga
kini
waktu itu - hidup pastinya terasa kosong
–kawan kawan agak terhad – tidak seperti dimasa persekolahan
apabila mat zaini mula bekerja –
masa melepak bersamanya tidak ada lagi – lalu terfikir untuk turut bekerja –
dengan nasihat mak su - aku pergi ke
pejabat buruh (kini jab sumber manusia) – mendaftar sebagai pencari kerja –
position budak pejabat a.k.a opis boy
masih aku ingat – seorang pegawai
meneliti sijil srp aku – dia bertanya
mengapa hendak bekerja
aku jawap – hendak cari duit tak mahu menyusahkan tok dan tokwan
sebab apa tak mau sambung belajar selepas ini
tok dan tokwan orang susah, mana nak ada duit nak sambung
belajar
tapi itu adalah jawapan pembohongan!!! – dengan harapan dia akan mendaftar
aku sebagai seorang pencari kerja
dia berkata lagi – result srp saya
pun tak cemerlang macam ni…. kalau result spm mesti lebih baik lagi…takan nak
jadi opis boy – tapi
akhirnya dia tetap daftarkan aku sebagai pencari kerja
selepas berdaftar – aku dapat 3
temuduga sebagai opis boy – dan – semua temuduga aku tidak berjaya – temuduga
pertama mahukan opis boy yang ada motor – senang ambil dan hantar surat - aku mana
ada motor – lesen pun tak ada!!
ada satu temuduga jadi pembantu mengemas
asrama di INTAN Sungai Petani – pegawai
tersebut juga meneliti sijil srp aku - soalan yang ditanya sama seperti pegawai
pejabat buruh dan jawapan aku pun sama juga – akhirnya dia berkata – orang macam kamu ni….keputusan
periksa hebat…saya dulu biasa saja…nanti lepas keluar U mai sini….jadi boss
saya!!
rupanya susah juga nak dapat kerja
– bila result baik – mungkin mereka tidak percaya kita akan terus bekerja bila
result spm keluar – mungkin mereka beranggapan result spm pun akan terbaik
seperti result srp – sedangkan tak terbaik mana pun – bukan tersusun A – macam result
anak aku pun
temuduga ke 3 di pejabat lawyer –
lawyer berbangsa india – temuduga macam nak makan orang – pressure dengan pelbagai soalan – tak sempat nak habis jawap – dia tanya
soalan lain pula – dan – bila dikenang kini baru aku tahu – kerana dia lawyer!!
akhirnya aku berkerja di kilang
kayu – tak perlu temuduga – minta kerja pun melalui sorang kawan – dekat dengan
rumah – hanya naik basikal saja – kerja dari jam 9 hingga 5 petang – kerja tak
susah – ambik kayu dan hulur dekat seorang makcik untuk di potong ikut ukuran
(kini dah aruah – ALFATIHAH) – mulut makcik ni boleh tahan juga!! – hari hari
kena marah (macam kilang tu dia ada share)
- hari hari dengar dia mengupat dengan rakan sebelah dia – itulah perempuan
gaji – seminggu dapat $75 – itu janji
awal – tapi bila hari gaji – kena potong sedikit untuk EPF – punyalah kena
bohong hidup hidup dengan tokey cina tu – kerana EPF aku mula di register 2 tahun
selepas itu (1991) – semasa aku bekerja sebagai technician di Silverstone
duit gaji aku ambik sikit saja –
selebihnya bagi dekat mak – buat belanja beli ikan – inilah pertama kali aku
bekerja – dan tahu erti susahnya nak dapat duit – habis terluka jari jari
terkena selumbar – badan gatal gatal kerana habuk kayu
aku kerja tak lama – banyak sangat
habuk – aku pula selalu semput semput – akhirnya berhenti kerja bila result spm
dah nak keluar – result aku………….(kelaut atau kebulan)???
selepas dapat result spm –
sementara menunggu untuk sambung belajar - aku bekerja dengan pak – ikut syarikat
pembasmi serangga dan anai anai – sekali ikut dapat $10 – kira okaylah – kerja
tak susah mana - tapi dapat berjalan merata tempat di kedah dan perlis
inilah pengalaman aku – pengalaman
ditemuduga dan pengalaman bekerja diawal usia – jika dikatakan aku susah –
mungkin ada orang lain yang lebih susah lagi – mungkin ada orang lain yang
punya pengalaman yang maha hebat dari aku – tapi aku bersyukur – kerana aku
punya pengalaman sebegini – pengalaman yang dapat aku jadikan kenangan
sepanjang hidup
aku tidak berkesempatan untuk
menceritakan pengalaman ini kepada anak anak aku – dan – aku berharap mereka
membacanya kelak
bagi aku - jika ada yang tidak
mahu bekerja – aku tidak tahu kenapa – kerana duit bukan datang bergolek –
apatah lagi di zaman yang semuanya duit – tak kan hari hari nak makan
kangkung!!!
p/s : sepanjang tempoh menunggu result spm - lagu inilah yang aku layan setiap malam
SUNYI - GERSANG
10 January 2014
Selamat Datang Ke Dunia Suram
semasa aku menghadiri kursus analisa kuantitatif dan kualitatif di UUM pada April 2013 lepas - seorang penceramah menyatakan dunia PhD adalah dunia suram dan kelam - PhD mempunyai dunianya yang tersendiri
baru 3 bulan aku bercuti penuh - kini ianya hampir menjadi kenyataan - aku sedang menghampiri fasa dunia suram - suram dari kehidupan terdahulu
aku semakin kurang berinterasi dengan dunia luar - kurang beriadah - kurang berkomunikasi
hidup hanya berlegar pada kampus dan rumah sahaja - jika ada pun hanya ziarah ibubapa ataupun melawat anak di asrama ataupun menghantar dan menjemput anak dari sekolah
ianya tidak seperti di alam pekerjaan dahulu - terlalu kurang manusia yang aku ketemui
dunia suram dan kelam
solusinya
entahlah - aku belum bertemu dengan penyelesaian
Subscribe to:
Posts (Atom)