(+)
hang buat research apa?
(*) materials engineering
(+)
tentang apa?
(*) hasilkan materials untuk high
quality piston
(+)
benda yang orang lain belum pernah buat?
(*) dah ada orang buat – nampak
macam sama tapi tidak serupa
(+)
kalau macam itu – ini bukan benda baru!!
AKU
DIBERI TITIK NOKTAH – PUKULAN KO
persoalan
perlukan kita meneroka perkara baru yang tidak
pernah si buat oleh orang lain – hanya untuk menunjukkan research kita amat hebat?
jika research kita hebat – kemanakah ia
selepas itu?
untuk itu
aku ingin
berkongsi kata azimat dari Dr Roslan Baki
kata
beliau – untuk research – kita tidak perlu buat bom atom – memadailah dengan
membuat bom ikan – tetapi bom ikan ini mampu untuk memilih ikan
sesuatu yang biasa orang lakukan –
tetapi sukar untuk dilaksanakan
kita mampu untuk hasilkan bom ikan –
tetapi - mana mungkin kita hasilkan bom ikan yang mampu untuk memilih spesis
ikan untuk dimatikan
itu yang membezakan antara bom ikan
kita dengan bom ikan yang sedia ada
begitu juga
dengan research
mengapa
kita bersusah payah menghasilkan sesuatu yang baru – memadailah dengan upgrade research
yang sedia ada serta membuat penambahan yang mampu menjadikan research kita
tampak hebat dari terdahulu
inilah yang
aku jumpa di dalam banyak research berkaitan materials
ramai yang
telah hasilkan research untuk aluminum matrix composites (AMCs) – telah ramai
yang hasilkan research dalam bidang powder metallurgy (P/M) – ramai yang telah
mengkaji tentang aluminum silicon (Al-Si) dan ramai juga yang mengkaji tentang
Mg2Si
bagi aku –
ianya sama tapi tidak serupa
research
aku sebenarnya berkisar tentang AMCs - P/M – method yang telah lama dikaji
orang – cuma gap aku dengan
researcher lain adalah - Mg2Si – untuk itu aku mengubah dan
mempelbagaikan saiz Mg2Si – begitu juga dengan suhu – mempelbagaikan
suhu – mencari point yang benar benar boleh menghasilkan material bagi high quality piston - melakukan analisis terkini - serta - bersesuaian dengan piston
dan yang paling
penting – mendapatkan
pilot paper - hasil dari research terdahulu
dengan ini boleh
dibuat perbandingan di sepanjang research
faktor yang paling
penting adalah hala tuju selepas ini – penghasilan high quality piston
sebelum ini - ramai yang menghasilkan materials dari method AMCs via P/M – tetapi tidak untuk piston – ini juga satu gap
cabaran
utama adalah
kena
pastikan
dalam
jangkamasa 5 tahun terkebelakang – belum ada researcher yang menggunakan
material dan suhu seperti research aku
dengan
maksud itu carian papaer di dalam journal amat penting
inilah yang
melambat proses pembelajaran sebenarnya
proses
menarik paper – tidak dinafikan banyak paper yang boleh di rujuk – tetapi belum
tentu ada yang sesuai
selepas
menarik paper – proses membaca juga penting – proses inilah yang paling malas
untuk di lakukan
kurang membaca – bermakna tidak menguasai
ilmu
tidak menguasai ilmu – bermakna menempah
kegagalan
buat research ikut suka suka hati –
bahaya menanti