30 June 2013
26 June 2013
24 June 2013
Pak - 11 tahun berlalu sudah
hari ini 24/6 - menyorot peristiwa 11 tahun kebelakang
24/6/2002 - tarikh yang akan diingati untuk selamanya sehingga keakhir hayat
tarikh dimana pak meninggalkan dunia fana ini untuk selama lamanya
aku bersyukur kerana dapat berbakti kepada pak sehingga keakhir hayatnya - walaupun jasa pak menjaga aku sedari usia setahun - mungkin tidak dapat aku balas selamanya- walau sebesar zarah sekalipun
pak adalah orang pertama mengajar aku sembahyang
pak yang membawa aku pergi dan balik dari tadika dengan basikal tuanya setiap hari
pak yang memasukkan aku ke sekolah yang terbaik di sungai petani
pak juga meninggalkan hartanya untuk aku jaga dengan penuh amanah sehingga kini - rumah yang aku duduki kini
aku berbangga kerana dapat menjaga pak semasa pak terlantar keuzuran
tangan ini yang memandikan pak sebelum dan selepas aku bekerja
tangan ini yang membasuh najis pak takala pak dah tidak lagi mampu untuk bangun
tangan ini yang memakaikan dan menukarkan pampers pak setiap hari
tangan ini yang menyaluti air sembahyang ke tubuh pak dikala pak terbaring
dan
terlalu banyak tangan ini berbakti kepada pak - namun tidak satu pun mampu untuk membalas jasa jasa pak kepada aku
dan
mulut ini yang membisikkan kalimah syahadah ke telinga pak sewaktu pak di ambang sakaratul maut
dan
mulut ini yang pertama mengucup dahi pak setelah pak tiada lagi di dunia ini
banyak yang aku hendak kongsikan tentang pak - namun tangan ini tidak dapat meneruskan kata kata hati aku - sebak terasa hingga ke dalam benak hatiku
pak
ampun dan maaf dari baglong
semoga pak ditempatkan dikalangan kekasih kekasih Allah - Amiin
22 June 2013
Mental Fatigue - kosong - kosong - kosong
Entah apa yang
tidak kena dengan malam ni – satu apa pun tidak menjadi
Membaca journal
paper – separuh jalan
Edit writing –
separuh jalan
Download paper –
terlalu lama menunggu – juga separuh jalan
Dari jam 9.00
malam – masuk bilik – memencilkan diri – sehingga kini dah 4 jam berlalu
- dengan harapan beberapa kerja dapat di selesaikan – tapi semuanya tidak
menjadi
Adakah ini di
panggil sebagai kecelaruan minda? – atau – burnout – atau sebagainya - entahlah
– aku bukan orang psikologi – mungkin
Dr Mohd Awang atau rakan sekursus
tempohari – En Khairuddin a.k.a Jidin Giding – boleh menerangkan istilah
sebenarnya – mereka orang psikologi
Bagi aku – aku istilahkan
sebagai mental fatigue – mungkin rakan rakan yang sedang belajar seperti aku –
pernah merasakannya
Badan segar bugar
– tetapi tidak mampu untuk melaksanakan apa juga perkara yang melibatkan
minda
Di dalam bilik
ini – dah hampir satu jug kopi O kaw aku teguk – tapi idea tak turun turun juga
Fikiran jadi
kosong – kosong – kosong – seperti lirik lagu Najwa Latif
Kemungkinan mental
fatigue ini wujud kerana aku terlalu memikirkan untuk menyiapkan semua perkara
di dalam satu masa yang sama – atau – sebenarnya aku tidak tahu untuk menyelesaikan
perkara yang mana dahulu
Planning selepas
Maghrib tadi – nak sambung writing conference paper - aku dah usahakan hampir 1.5
bulan yang lepas lagi – cadang nak hantar ke 2nd International
Conference On Recent Advances In Automotive Engineering & Mobility Research
(ReCAR 2013) – deadline 30 Jun 2013
Kerana itu aku nak tambah – nak edit
– nak buat permurnian catatan yang terdahulu – tapi bila buka lap top – semua planning
tak menjadi – lihat pilot paper – kot kot boleh masukan apa apa yang patut –
tapi apa pun tak ada yang menarik – dan – kerana itu – aku beralih kepada kerja
kerja lain – tapi semua juga tidak menjadi
Yang menjadi –
update blog – mungkin selepas menulis blog ini – minda jadi normal balik – maka
– kerja kerja yang di planning dapat di selesaikan – jika tidak – habiskan kopi
O kaw – kemudian tidur
19 June 2013
11 June 2013
Problem Based Learning - satu pendekatan pembelajaran
Problem Based Learning - "dah problem nak belajar buat apa"
itu gurauan aku dan sahabat - Tn Hj Khairul Anuar - sewaktu kami menerima surat arahan untuk mengikuti kursus PBL di Pearl International Hotel KL pada Mei lalu - kursus wajib untuk CPCM
masa itu minda belum terbuka - tidak tahu apa itu PBL - setelah bermusafir 4 hari 3 malam - sikit sebanyak perkara berkaitan PBL difahami
ironiknya - kini aku sedang berusaha menyiapkan kertas kerja berkaitan dengan PBL - mungkin boleh di adaptasi sebagai satu kaedah pembelajaran di kolej kelak
draf awal penulisan |
peringkat awal aku hadapi masalah untuk mendapat pilot paper - tercari cari melalui internet - alhamdullilah ada juga beberapa laman web yang boleh di gunakan sebagai reference
terjumpa satu article - tapi tak dapat nak download - maka minta bantuan rakan rakan dari group Doctorate Support Group - ada yang membantu - terima kasih Aliff
ada juga rakan yang menghubungi melalui PM Facebook - Nazir Zabit - tetapi belum berkesempatan untuk berbual panjang berkaitan PBL - kemungkinan beliau juga sedang mendalami ilmu PBL di US
walau apa pun - diharapkan kertas kajian ini dapat disempurnakan untuk perkongsian ilmu - In Sha Allah
06 June 2013
Seminar Penyelidikan @PTSS Arau
5 Jun 2013 - di
Seminar Penyelidikan Zon Utara - Politeknik Tuanku Syed Sirajudin, Arau,
Perlis – seminarnya kecil tapi significant
ini seminar ke 4 dalam masa 3 tahun – kertas
pembentangan aku yang ke 3 – dan – yang pertama dalam engineering – kajian dan penulisan terdahulu berkaitan
dengan pembelajaran maya
kajian dan penulisan ini berkaitan dengan
pengajian aku – bidang metallurgy – aku siapkan sewaktu berada di EDC
dahulu [klik sini] – ini juga hasil usahasama bersama SV – Dr Khairel Rafezi Ahmad - dari UniMAP
seperti biasa – aku mulakan dengan ayat power – ice breaking session - konon kononnya - entah menjadi - entahkan tidak - tak tahulah
Ladies
and Gentlemen
I think
you all have seen the Avatar film. Just imagine...Avatar language...
so to
avoid the Avatar speaker in this room today...allow me to present in bilingual
maka selanjutnya – presentation aku dalam dwi
bahasa – cuma term kejuruteraan aku kekalkan – aku lebih selesa dalam dwibahasa–
kerana – matlamat aku untuk menyampaikan ilmu – bukannya seronok sendiri
aku jangkakan akan bertemu dengan ramai rakan
rakan lama – tetapi kebanyakan pembentang adalah orang baru – mereka mengkaji
tentang pembelajaran dan permasalahan – betul betul bidang pendidikan - yang berkaitan
dengan kejuruteraan hanyalah aku dan Zulhisyam Salleh – rakan dari
Politeknik Melaka – tetapi beliau dalam electrical engineering
biarlah gambar berbicara – nak menulis tidak
berdaya - letih masih terasa
Ladies and Gentlemen
I think you all have seen the Avatar film. Just imagine...Avatar language...
so to avoid the Avatar speaker in this room today...allow me to present in bilingual
|
aku tidak suka berada di rostrum - tiada pergerakan - idea terbatas |
sebahagian audience |
@@@@@@@@@
dibawah adalah sebahagian presentation slide - aku guna perisian prezi - banyak membantu - menjadikan presentation lebih menarik
seperti kelazimannya - slide aku kurang nota - lebih banyak grafik - memudahkan aku berbicara serta tidak menjadikan presentation rigid - serta membataskan kata kata
In Sha Allah - jika di beri kesempatan di lain masa - pasti akan ada lagi seminar yang akan di hadiri
03 June 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)