Sejak akhir akhir ini aku jadi terlalu sibuk...sibuk dengan tugas harian...terkadang masa yang di peruntukan dalam sehari rasanya tak cukup untuk menyelesaikan semua tugasan...banyak tugasan pejabat yang terpaksa aku selesaikan di rumah pada waktu malam..akhirnya kerja kerja belajar aku terbengkalai begitu sahaja...rasanya dah 3 minggu aku tak buat apa apa untuk thesis aku....journal yang aku upload untuk dibaca terbiar begitu saja...kalau ikutkan jadual aku dah patut habis menulis untuk chapter 2...tapi 30% sahaja yang aku selesaikan untuk chapter 2...kalau macam ni...bila agaknya aku nak mula untuk chapter 3?.....wife aku kata...tak apa buatlah sikit sikit...nanti siaplah....tapi sebenarnya dia tak tahu bahawa kerja aku di pejabat cukup banyak...kerja kerja itulah yang aku selesaikan pada waktu malam...
aku pernah bersuara kepada ketua jabatan untuk aku serahkan kemabali tugas aku sebagai ketua program...tapi dia minta aku bersabar...sebab belum ada calon yang sesuai...sebenarnya aku dapat membaca maksud dia...dia sememangnya tak mahu aku serah tugas kepada orang lain...kalau aku serah tugas sebagai ketua program kepada orang lain bermakna aku dapat tumpukan untuk kerja kerja aku sebagai ketua unit penyelidikan dan inovasi...tak lah banyak sangat tugas yang aku pegang....dah tentu aku dapat bagi sedikit tumpuan dalam study aku...
YaAllah berilah kelapangan kepada hambaMu ini...
No comments:
Post a Comment