berbual bersama rakan di meja kedai kopi - tersingkap cerita tentang
nasi ambeng – makanan yang belasan tahun aku tidak rasai – dan bila
terkenangkan nasi ambeng – fikiran aku selari dengan - parit raja
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
2 Jan 1994 – kali pertama aku menjejakkan
kaki ke batu pahat – dan kali pertama juga aku sampai ke negeri johor
perjalanannya panjang sekali – perjalanan menuntut
ilmu – perjalanan bersama abah dan mama
pada ketika itu lebuhraya utara selatan
masih dalam pembinaan - menaiki bas dari sungai petani pada pukul 6 petang 1
jan 1994 – dan sampai di batu pahat pada jam 6 pagi 2 jan 1994 – jelas di minda – bas berhenti seketika di taiping – untuk makan malam dan aku tidak
ingat lagi dimana perhentian seterusnya – aku lebih selesa tidur dari turun
makan - entah berapa kali aku tertidur dan terbangun - namun – masih kukuh di ingatan
- bas berhenti di muar buat seketika –
dan seterusnya menyusuri jalan lama sehingga ke batu pahat
tiba di batu pahat – sewaktu azan subuh
berkumandang – dari batu pahat – menyambung perjalanan ke parit raja – juga
dengan bas - bas berwarna merah – namanya aku telah lupa
berkelana ke parit raja – mencari dan menuntut
ilmu – disinilah segalanya bermula – di sinilah turning point hidup aku – di sini jugalah aku diuji dengan bebanan
sebagai seorang pelajar – di sini career
aku bermula – di sini jugalah aku menuntut ilmu dengan sebilangan pensyarah mat
saleh – aku dan rakan rakan adalah batch
pertama PLSP – kemudian di tukar nama kepada ITTHO – Kuittho – dan kini UTHM –
namun semasa meninggalkan parit raja – kami adalah pelajar ITTHO (UTM)
parit raja – unik bagi aku – di kelilingi
dengan ladang kelapa sawit - mempunyai banyak kampung bermula dengan parit –
dan aku telah terlupa dengan nama nama kampung yang bermula dengan parit ini –
yang diingati parit haji rais
di diami oleh kebanyakan dengan orang jawa
– mereka ramah – walaupun mempunyai perwatakan yang agak kasar – satu keistimewaan
orang jawa – seusai sembahyang mereka akan bersalaman dengan semua orang yang
berada di sekeliling mereka – sebab itu mereka mempunyai ikatan ukhwah yang
tinggi
keistimewaan makanan di parit raja adalah
pisang goreng – dicicah dengan sambal
kicap bercampur dengan tauhu hancur – selepas aku meninggalkan parit raja – tidak
pernah lagi aku bertemu dengan pisang goreng bercicah ini
paling mahsyur adalah nasi ambeng – telur pindang – dan tempe
nasi ambeng dan telur pindang– dan
bertahun aku tidak merasainya
aku mula mengenali nasi ambeng – semasa menghadiri
majlis aqiqah anak rakan – dan – apa jua majlis yang aku ikuti semasa di
parit raja – pasti ada nasi ambeng
parit raja - terkenal dengan hasil kampung
– rempeyek - pisang salai dan beraneka kerepek
hidup di parit raja terkadang mendatangkan masalah bagi aku - aku pengemar kari – pastinya asam pedas yang di kenali sebagai kari
di parit raja tidak kena dengan tekak aku - selama 3 tahun – kebanyakan menu makanan aku
adalah nasi goreng di waktu malam dan nasi ayam di waktu siang
parit raja kini - pasti berbeza dari 19
tahun dahulu – kali terakhir aku ke parit raja tahun 2002 – sewaktu menghantar
adik aku belajar di UTHM
kemungkinan parit raja aku aku lawati lagi
–mencari nasi ambeng dan telur pindang - tapi kali ini berkemungkinan bersama
anak anak - in shaa allah
No comments:
Post a Comment