01 July 2015

Ramadhan, Sayur Togeh dan Karipap


digamit memori ramadhan 1994 – 1997 semasa berada di parit raja dahulu

kerana call seorang sahabat lama – PAK LONG

nick name yang lebih dikenali lebih dari nama sebenar

tanyalah sesiapa sahaja semasa menuntut semasa first degree PLSP 1994 – 1997 dahulu – Pak Long lebih dikenali daripada Mohd Lufti

seusai bertanya khabar – maka di bawanya meniti kenangan ramadhan satu masa dahulu

kenangan ramadhan di parit raja – bagai terpamer jelas di minda >>>

saban petang aku dan pak long akan bermotosikal ke pekan parit raja untuk membeli juadah berbuka -  ironiknya juadah kami sama sahaja setiap hari – nasi berlauk asam pedas, sayur togeh dan karipap

hari hari sayur togeh dan karipap - dibeli di gerai mak ngah (nama sebenar mak ngah aku tak tau sampai la nie!!!) – gerai kecil mak ngah berhampiran dengan klinik kesihatan parit raja (kalau tak silap aku lah – ingat ingat lupa)

mengapa sayur togeh dan karipap -  - mungkin nak jaga budget – atau mungkin sangat sedap - maka itulah yang dibeli setiap hari - yang hairannya tak pernah jemu dengan menu yang sama




dengan nasi berlauk asam pedas, sayur togeh, karipap dan kicap jalen lemak lemak manis - kami akan berbuka bersama sama dengan Amran (budak Tganu yang kami panggil Mrang)

berbuka setiap hari dibilik Pak Long - dan - setiap kali sayur togeh dan karipap akan jadi bahan lawak – ada saja yang melucukan kami - kerana Pak Long hari hari ada sumber lawak - gelak bagai nak kata – hanya kerana sayur togeh dan karipap

dan hari ini pun dia masih buat lawak spontan tentang sayur togeh dan karipap!!!-  itulah Pak Long


Pak Long juga mengamit memori bersembahyang terawih

aku dan dia adalah orang yang akan duduk di saf yang terakhir sekali semasa berterawih – tak kira hari – kami akan pastikan saf terakhir adalah untuk kami

sapa sapa yang ada di saf terakhir – kami akan suruh ke hadapan untuk penuhkan saf – sedangkan kami langsung tak berganjak

sebarisan dengan kami adalah Hj Mahdi – yang kami panggil imam kedua – kerana suara dia kuat menyambut kalam Imam pada setiap perbuatan

selalunya apabila imam selesai membaca al fatihah barulah kami berdua akan mula sembahyang – setiap hari begitulah - kadang kadang cuit mencuit untuk suruh siapa bangun dahulu – kami rupa rupanya bersikap seperti kanak kanak walaupun pada masa itu dah berumur pertengahan 20 an – dan Pak Long sebenarnya lebih tua dari aku 7 tahun!!

banyak yang menjadi memori indah satu masa dahulu – semuanya tidak dapat diputarkan kembali pada usia sekarang

itu cerita hampir 20 tahun dahulu – tetap dikenang – dan menjadi satu memori indah rupanya – apatah lagi kenangan bersama sahabat akrab – terlalu manis untuk dilupakan




25 June 2015

08 Ramadhan 1436


Jam 2.30 pagi

1.  masih ada yang bersantai di kedai mamak - berbual bersama rakan sambil menikmati nasi kandar sebagai bekalan sahur

2.  ada yang sedang bersiap siap - menghidupkan motor - keluar mencari makanan untuk bersahur selepas puas menonton cereka pilihan

3.  ada yang baru nak masuk tidur - selepas pekena mee sepingang dan air khatira lebihan waktu berbuka - memerangkap supper dan sahur sekali gus

4.  ada yang sedang menadah tangan - melekat di tikar sembahyang - ber qiam kepada Ilahi selepas bangun - mencari keredhaan dan bekalan untuk alam seterusnya

di antara keempat empat situasi - dimanakah kita

dimanakah dagangan kita




13 June 2015

#mypaper Applied Mechanics and Materials Vol 786


Alhamdullilah - paper pertama yang dapat di publish dalam International Journal - Applied Mechanics and Materials Vol 786

sebelum ini kebanyakan paper yang dihasilkan hanya melalui conference proceeding

ini menjadi suntikan semangat untuk paper seterusnya - InShaa Allah

untuk download paper ini  >> #mypaper <<

saya kongsi via dropbox coz paper ini bukan dalam open access

doakan semoga saya diberikan kelapangan dan dipermudahkan untuk menghasilkan paper seterusnya.







16 May 2015

terima kasih cikgu kerana menjadikan aku seorang manusia


terima kasih cikgu kerana menjadikan aku seorang manusia

aku seorang guru
walau tidak pernah sekalipun
pelajarku memanggilku Cikgu
tapi aku tetap seorang guru
bukan sahaja aku guru di tempat kerja
di rumah juga aku seorang guru

kepada bekas pelajarku
ikutilah teladan yang baik baik 
kerana


SEPATAH GURU BERCAKAP,
SERIBU TELINGA MENDENGAR
SELANGKAH GURU BERJALAN
SERIBU MATA MEMANDANG
BILA GURU KENCING BERDIRI
MURID KENCING BERLARI
JANGAN KENCING BERLARI
KERANA AKU TAK KENCING BERDIRI
[credit to Pak Nginap Srengenge http://nginapsrengenge.blogspot.com/]


11 May 2015

ini mungkin sumpahan



aku suka jumping dari satu blog ke blog - semuanya berkaitan dengan cerita dan pengalaman orang yang sedang belajar - bila dah bosan mengadap article yang berkeping keping kertasnya - mulalah aktiviti blog jumping - bukan apa - nak rehatkan otak - terkadang nak ambil aura - sebelum mula kerja menulis - tapi lazimnya -  bila dah terlalu banyak blog yang di jumping - tertinggal pula kerja sebelum itu - itu dah biasa :-)

tiap kali aku baca blog - pasti aku terjumpa dengan masalah yang sama  -  dan kesimpulan yang boleh dibuat adalah berkaitan dengan

>>> LETIH - BOSAN - DUIT <<<

pelajar dalam negara mahupun luar negara - semua sama sahaja ceriteranya 

ini adalah salah satu tulisan yang aku ambil dari blog Tuan FakirFikir (beliau tidak suka dipanggil Dr) - beliau telah lama tamat belajar - tulisan ini beliau tulis pada tahun 2011 [bacaan penuh disini]

Tulis Tuan Fakir - 
credit to http://fakirfikir.blogspot.com/

jika inilah yang dilalui oleh semua yang belajar

maka aku tidak keseorangan sebenarnya - masalahnya sama sahaja

apa yang aku fikir - ini seperti satu sumpahan

dan AKU KINI BERADA DALAM SUMPAHAN ITU




p/s : saya mengenali Tuan Fakir lebih kurang 2 tahun lepas - orangnya cukup humble - senang berkawan - merokok dan berkopi seperti saya - semoga Tuan Fakir akan terus menulis





03 May 2015

#strategikkerjabelajar



dengan sedikit kebantutan dalam situasi belajar terkini - di rasakan perlu dilakukan percaturan semula

ianya tidak ubah seperti mengatur strategik dalam peperangan

apabila kalah - tidak bermakna akan terus kalah untuk selamanya

strategik mesti disusun - musuh mesti di gempur - kubu mesti ditawan

begitu juga dalam dunia belajar

percaturan yang di rancang terdahulu - kemungkinan tidak lagi relevan

dengan itu - langkah merombak perlu dilakukan

itulah yang telah aku lakukan dalam 2 - 3 hari ini - mengatur serta menyusun strategik berkesan

strategik pengurusan waktu menulis - penyediaan sample - serta analisis - semuanya telah dirombak dan diberi fokus yang lebih tersusun

In Shaa Allah - mudah mudahan dapat memberi nafas baru dalam merungkai kebuntuan dan kelewatan dalam kerjabelajar - semuanya untuk menawan kejayaan

#strategikkerjabelajar

28 April 2015

malas


terkini

dikuasai tenaga malas

tahu - malas satu penyakit – andai dibiarkan semakin kronik




membiarkan malas menguasai diri - mengundang bahaya – apatah lagi student

mungkin sehari dua membiarkan malas berlegar legar -  tidak menjadi soal - tapi kalau sudah dua tiga minggu – ini parah

malas menulis - malas membaca - terkadang malas berfikir

mencari cari punca kemalasan menguasai diri

mungkin ini puncanya

1) lama sangat tidak mengadap supervisor - berbincang - mendapat nasihat – tiada suntikan idea bagi menyelesaikan masalah research

2) melebih-lebihkan masalah yang tidak sepatutnya difikirkan – kewangan – family - etc – akhirnya otak jadi fatigue

3) motivasi untuk diri sendiri semakin menyusut – perlukan seseorang untuk terus mengigati nawaitu dalam dunia belajar

4) banyak sangat baca blog @ facebook

tersedar dari kemalasan ini - ianya wajib di singkirkan - satu keutamaan

harus ada perancangan strategik dengan segera

1. jumpa supervisor – 2. jangan banyak berfikir yang lagho – 3. betulkan nawaitu - 4. no internet surfing

ini permulaan proses penyingkiran malas - dengan harapan tidak berterusan

paling penting -pesanan kepada diri sendiri

lakukan kerja belajar secara istiqomah

In Shaa Allah - ada hasilnya

bagi yang membaca – doakanlah penulis tidak diserang dengan kemalasan berganda…


terima kasih