01 July 2015

Ramadhan, Sayur Togeh dan Karipap


digamit memori ramadhan 1994 – 1997 semasa berada di parit raja dahulu

kerana call seorang sahabat lama – PAK LONG

nick name yang lebih dikenali lebih dari nama sebenar

tanyalah sesiapa sahaja semasa menuntut semasa first degree PLSP 1994 – 1997 dahulu – Pak Long lebih dikenali daripada Mohd Lufti

seusai bertanya khabar – maka di bawanya meniti kenangan ramadhan satu masa dahulu

kenangan ramadhan di parit raja – bagai terpamer jelas di minda >>>

saban petang aku dan pak long akan bermotosikal ke pekan parit raja untuk membeli juadah berbuka -  ironiknya juadah kami sama sahaja setiap hari – nasi berlauk asam pedas, sayur togeh dan karipap

hari hari sayur togeh dan karipap - dibeli di gerai mak ngah (nama sebenar mak ngah aku tak tau sampai la nie!!!) – gerai kecil mak ngah berhampiran dengan klinik kesihatan parit raja (kalau tak silap aku lah – ingat ingat lupa)

mengapa sayur togeh dan karipap -  - mungkin nak jaga budget – atau mungkin sangat sedap - maka itulah yang dibeli setiap hari - yang hairannya tak pernah jemu dengan menu yang sama




dengan nasi berlauk asam pedas, sayur togeh, karipap dan kicap jalen lemak lemak manis - kami akan berbuka bersama sama dengan Amran (budak Tganu yang kami panggil Mrang)

berbuka setiap hari dibilik Pak Long - dan - setiap kali sayur togeh dan karipap akan jadi bahan lawak – ada saja yang melucukan kami - kerana Pak Long hari hari ada sumber lawak - gelak bagai nak kata – hanya kerana sayur togeh dan karipap

dan hari ini pun dia masih buat lawak spontan tentang sayur togeh dan karipap!!!-  itulah Pak Long


Pak Long juga mengamit memori bersembahyang terawih

aku dan dia adalah orang yang akan duduk di saf yang terakhir sekali semasa berterawih – tak kira hari – kami akan pastikan saf terakhir adalah untuk kami

sapa sapa yang ada di saf terakhir – kami akan suruh ke hadapan untuk penuhkan saf – sedangkan kami langsung tak berganjak

sebarisan dengan kami adalah Hj Mahdi – yang kami panggil imam kedua – kerana suara dia kuat menyambut kalam Imam pada setiap perbuatan

selalunya apabila imam selesai membaca al fatihah barulah kami berdua akan mula sembahyang – setiap hari begitulah - kadang kadang cuit mencuit untuk suruh siapa bangun dahulu – kami rupa rupanya bersikap seperti kanak kanak walaupun pada masa itu dah berumur pertengahan 20 an – dan Pak Long sebenarnya lebih tua dari aku 7 tahun!!

banyak yang menjadi memori indah satu masa dahulu – semuanya tidak dapat diputarkan kembali pada usia sekarang

itu cerita hampir 20 tahun dahulu – tetap dikenang – dan menjadi satu memori indah rupanya – apatah lagi kenangan bersama sahabat akrab – terlalu manis untuk dilupakan




No comments:

Post a Comment