07 January 2020

SENYUM ITU SEDEQAH
SENYUM PENAWAR KEDUKAAN
SENYUM UNTUK KELUARGA

02 January 2020

Markah Prestasi

petang tadi - seorang pegawai aku masuk bilik - duduk di hadapan dengan mata berkaca - terkejut aku - sebab - pegawai ini bukan seorang yang lemah emosi

soalan pertama yang di tanya - mengapa  markah prestasi saya rendah? - bila aku ambik salinan prestasi - tengok satu satu- tak ada rendah sangat - melebihi 87 - cuma tak mencecah 90

aku mendengar setiap butir bicara dia

baru aku tahu - dia sebelum ini menjangkakan akan memperolehi markah melepasi 90

bila masa untuk aku bersuara - aku tunjuk setiap satu persatu markah yang dia perolehi dari pegawai penilai pertama (PPP) 

tak ada satu pun 5 - semua 8 dan 9 - 6 pun tiada

bagi aku apa yang di beri kan oleh PPP - amat dan teramat berpatutan

dia bukan pekerja yang sederhana - tetapi bukan juga cemerlang

berada dalam kategori baik sahaja- dan - markah yang dia dapat - sepatutnya begitu

menggunakan semua diplomasi yang aku ada - aku terang satu persatu

aku minta dia baca ulasan yang aku berikan

akhirnya dia berpuas hati - harap harap begitu lah

secara jujurnya - aku sendiri - bukan setiap tahun memperolehi markah melepasi 90

dah masuk tahun yang ke 3 - menjadi pengarah- markah yang diberikan oleh ketua aku diatas - tidak pernah melepasi 90

aku redha saja selama ini - aku tetap melaksanakan tugas aku sebaik mungkin

bagi aku - tugas satu amanah - dan dalam Islam - amanah mesti di jalankan sebaik mungkin

nasihat aku - lakukan lah tugas kerana amanah - bukan kerana markah prestasi

""laksanakan amanah dapat pahala - markah prestasi tinggi belum tentu dapat syurga""