saya tertarik dengan satu artikel daripada Dr Maza berkaitan rezeki
apatah lagi saya kini diuji dengan nik'mat kesihatan yang turun naik
disamping itu terpaksa menangguhkan dahulu beberapa experiment - saya terpaksa menentukan priority kewangan saya digunakan kepada yang teramat perlu sahaja
saya akui - kadang kala hati saya merasa sedih dengan dugaan Allah ini
tetapi saya cepat cepat meletakan bahawa perasaan ini adalah mainan syaitan untuk menganggu gugat keimanan saya
selepas membaca artikel ini - saya rasakan bahawa rezeki saya bukan hanya terletak kepada kewangan dan kesihatan sahaja
anak anak juga satu rezeki dari Allah
Alhamdullilah - anak anak saya berjaya di dalam pelajaran - itu juga rezeki buat saya
anak anak tidak memberi beban kepada saya dan isteri - malahan mereka tidak pernah menimbulkan perasaan kegusaran di hati saya dengan segala macam tekanan di dalam kehidupan
ada beberapa perkara lagi yang saya lihat bahawa Allah telah memberi rezeki yang tidak terhingga buat saya dan keluarga
saya berkongsi jika ada yang belum membaca artikel penuh di [SINI]