Alhamdulillah
tahun ini berjaya satu family berpuasa sunat Arafah..... kecuali si kecik Afif Nabihan....yang berusia 3 tahun.....
InShaaAllah...jika diberi kesempatan....puasa sunat secara berjemaah ini akan di teruskan untuk puasa sunat Isnin dan Khamis.....dan lain lain puasa sunat yang digalakkan...
mudah mudahan akan mendapat keberkatan seisi keluarga....
24 September 2015
06 September 2015
Nana Korobi Ya Oki (7 転び - 8起き)
Nana Korobi Ya Oki
Nana Korobi Ya Oki - pepatah Jepun – maksudnya 7 kali jatuh – 8 kali bangun -
maka
inilah gambaran terkini perjalanan pengajian ini
CERITANYA
telah menghampiri 2 tahun usia pengajian – jika nak grad on
time (GOT) - masih berbaki 1 tahun untuk disempurnakan – samada boleh atau
tidak GOT – belum ada kepastian - semuanya sedang diusahakan sebaik mungkin
bagi tempoh terkini -
research telah pun menghasilkan results – result yang boleh dipercayai -
digunapakai -dan diyakini
jika mengikut kepada research planning – sebenarnya - telah
berkali kali terbabas dari landasan
terbabas berkali kali – kerana - composite samples
sample adalah NADI kepada research – kegagalan untuk
'mem-fabricate' samples – bermakna research tak berjalan – research tak
berjalan bermakna tiada results – tiada results berkemungkinan pengajian
menemui kegagalan
ini yang paling menyeramkan
tapi inilah cerita [7 kali jatuh – 8 kali bangun]
jatuh dan bangun untuk menghasilkan sample yang berkualiti
cerita di awal proses melakukan casting - sample tidak boleh
dihasilkan kerana reinforce material (mg2si) tak boleh dikacau (stir) secara
manually di dalam aluminum molten (cecair leburan aluminum) – kerana aluminum
molten terlalu likat – maka - jalan penyelesaian diambil untuk menggunakan stir
machine - stir machine tidak menjadi masalah besar - kerana di lab telah pun
tersedia - cuma - perlu menghasilkan stirrer (pengacau) – untuk fabricate
stirrer kena cari orang - nak fabricate sendiri agak merumitkan
bila stirrer dah ada – proses casting terus diusahakan –
tetapi sample masih tak okay – 2 - 3 kali buat casting - condition masih kurang
memberangsangkan – check sana sini – maka - dikenalpasti kemungkinan kerana
crucible (bekas melebur aluminum) saiznya kecil – tidak sesuai untuk stirrer
berputar – kerana itu mg2si dan aluminum tak boleh mix dengan baik – sebagai
penyelesaian terpaksa beli crucible bersaiz besar – sekali lagi tercari - cari crucible
supplier - masa terus berjalan sebelum dapat crucible seperti yang dikehendaki
bila dah ada stirrer dan crucible besar – muncul pula
masalah berikutnya – mould (acuan untuk sample mengikut kepada size yang
dikehendaki) pula tidak cukup – apabila crucible bersaiz besar – amat tidak
efisien untuk melt aluminum dalam kuantiti yang sedikit – jika melt juga pasti
stirrer tidak terendam sepenuhnya dalam molten - dengan itu diusahakan untuk
mendapatkan mould tambahan – sekali lagi terpaksa beli carbon graphite untuk
menghasilkan mould pulak (terima kasih kepada supervisor kerana tolong bayar)
ambil masa hampir 2 bulan untuk mendapat carbon graphite -
kerana kebanyakan supplier tidak ada size seperti yang diminta – bila dah dapat
- terpaksa menggunakan khidmat machinist untuk mesin carbon graphite di buat
mould mengikut pada saiz yang kehehendaki
bila dah ada stirrer, crucible besar dan mould – ingatkan
selesai segala masalah – tapi hanya mimpi!!!
coz – bila proses casting – sample masih tidak menjadi –
berkali kali buat – memang tak menjadi - tercabar kesabaran dan keimanan – 2
minggu “bertapa” dalam lab – memikir dan menyelesai masalah sample yang tidak
menjadi - dah banyak aluminum ingot dan particle mg2si terbuang begitu sahaja –
bukannya boleh dilebur semula
amat risau - takut takut kena beli aluminum ingot dan
particle mg2si semula - bukan mudah untuk dapatkan aluminum ingot - tempohari
supplier order dari Hong Kong - makan masa berbulan bulan sebelum dapat - harga
pun boleh tahan juga!!!
masalah casting yang tidak menjadi cukup cukup memberi
tekanan - pelbagai masalah yang tidak dijangka
muncul satu persatu - berhadapan dengan pelbagai masalah baru terkadang menguji
kesabaran
masalah mg2si ‘meletup’ semasa mix dengan aluminum - kerana
chemical reaction between mg and aluminum
masalah sample yang ada banyak porosity
masalah mg2si tak wetting (tak ngam) dengan aluminum -
lihatlah kerak (encrustation) hasil daripada wetting problem
stirrer juga bagi masalah - semasa digunakan tetiba “lebur
dan hangus” di dalam molten – walaupun
dah fabricate stirrer dari stainless
steel
untuk stirrer sahaja 5 kali upah orang untuk fabricate –
beberapa kali juga ubah design – nampak
macam mudah peranan stirrer - berfungsi sebagai alatan pengacau sahaja - tetapi
peranan ia cukup besar – jika stirrer tak okay - maka - kualiti sample juga tak
okay
kelebaran blade – sudut blade – sehinggakan 'joining' diantara blade dengan stand pun
kena pilih bahan yang betul – jika nak guna stirrer suhu tinggi - tidak boleh
di 'join' dengan mengunakan arc welding kerana stirrer digunakan pada suhu
tinggi (900°C) – terpaksa join dengan mengunakan TIG – jika tidak - pastilah
tertanggallah blade dari stand - upah weld dengan menggunakan TIG boleh tahan
juga - kerana berkali kali fabricate stirrer - banyak juga ringgit yang
mengalir
bila masalah muncul – aku belajar tenangkan diri - pelajari
dan kaji bagaimana orang buat casting – membaca research paper yang berkaitan
bila casting tak menjadi – aku cari research paper lagi –
update knowledge – update writing – semua buat secara serentak - siang dalam lab – malam membaca dan mencari
jangan kata aku hanya main redah saja nak buat casting –
sebelum ini pun dah kaji - dah lama
faham tentang proses casting – sebab itu boleh menulis untuk Chapter 3 selepas
6 bulan mendaftar
TETAPI bilamana nak implement - lain pula jadinya - nak cuba
kaedah seperti yang dilakukan oleh researcher lain - memang tak boleh – coz
kekurangan peralatan dan bahan
ada yang guna gas argon untuk elek mg2si meletup semasa mix
– kat lab mana ada equipment macam ini
ada yang guna pil hexachlorethane (C2Cl6) untuk elak
porosity – pil ini pun aku tak ada
ada yang syorkan untuk dapatkan vortex terbaik di dalam
aluminum molten – stirrer mesti follow kepada speed yang syorkan oleh mereka -
try guna speed sebegitu – tapi vortex tak muncul muncul - alih alih set kepada speed sendiri!!! –
baru berjaya
Akhirnya -
Alhamdulliah – aku berjumpa dengan seorang Prof – tanya pendapat beliau - mohon
tunjuk ajar tentang casting
Prof ini tak guide aku 100% cara casting – beliau cuma bagi
hint tertentu – yang lain lain itu aku kena gali sendiri - tetapi hint dari
Prof sangat membantu
dan
masalah casting dianggap selesai bilamana aku terjumpa satu
research paper yang dah lama dipublish (dekat 30 tahun usianya) - paper ini
betul betul membantu - menjawap persoalan dan menyelesaikan masalah
Alhamdullilah – berkat hint dari Prof dan pemahaman dari
bacaan paper lama itu - akhirnya aku berjaya juga siapkan casting samples –
boleh dianggap berkualiti - tiada masalah porosity - tiada masalah wetting
sebetulnya – semua masalah ini mengambil masa berbulan bulan
untuk diselesaikan satu persatu – bukan itu saja – kewangan juga turut sama
'mengalir' seiring dengan penyelesaiaan masalah
dan - perkara penting yang aku pelajari – JANGAN BERPUTUS
ASA - dan - cari orang orang yang berpengalaman untuk menuntu ilmu
In Shaa Allah – aku dah tetapkan end of December - semua
result dah ada – dan bermula pula proses menulis untuk chapter 4
Doakan semoga berjaya
Moral of the story
Bertanya – mencari – mengali – untuk memperolehi ilmu itu
penting
Berusaha – berdoa dan bertawakal kepada Allah itu yang
paling utama
Ketabahan - kewarasan - kewangan perlu stabil
#Tetapberjuangtanpamenyerah
Subscribe to:
Posts (Atom)