26 July 2015

Mithali Cintaku


26/7 @ 5:02 AM

Dalam dok mengedit thesis - tetiba terkeluar lagu nie dekat radio
Adoi terus terkaku sat
Pejam mata
Teringat suasana tahun 1990 dahulu
Tahun dimana umur masa tu baru 19 taon
Tahun dimana masa tu menjadi pelajar politeknik diutara semenanjung
Tahun dimana masa tu tengah dok rancak mengejas ex GF
Punyalah susah nak ejas masa tu – juai mahai 
Kena pulak lagu nie tengah dok femes masa tu

Mau meruntun jiwa bila hayati bait bait lirik 
Teringat sungguh dekat ex GF

Ooohhh – sat – sat – salahkah dok ingat dekat ex GF masa la nie
Tak salah kot
Tak salah sebab dia dah pon jadi wife hamba – mmmm – ejas sampai dapat
Dah ada anak 5 dah pon la nie
Cuma bila dengar lagu nie – kenangan lama timboi balik
Rasa macam jadi muda sat – walau jangut dah mula tumbuh uban seorat dua
Memang betoilah apa yang orang kata – kenangan lalu meruntun jiwa
Takpalah – apa salahnya sekali sekala layan perasaan
Nie hamba belanja lagu yang jadi kenangan dengan ex GF
Kot kot boleh teringat balik sapa sapa yang zaman remaja dia di taon 90’an




 Ingin ku mencari bayangan dikau
Namun tiada bersua yang tersembunyi
Di dalam diri rasa cintamu yang abadi

Setiap detik dan tiap ketika
Tuhan mengerti yang kita mencuba
Mengapa kau masih tak peduli
Pengemis cintamu yang asing ini

Mithali...
Pengganti nama cintamu yang suci
Mithali...
Sang puteri yang membuat kuresah
Mithali...
Tiap suatu pastikan berubah
Mithali...
Mungkin kita kan bertemu semula

Bila kubaca pintu hatimu
kesetiaan cinta terkunci padu
Seakan kau turut berbicara
Agar kebahagiaan sama dirasa

Kiranya benar oh kekasihku
Betapa lama masa berlalu
Kiranya benar suatu siksaan
Mengapa tiada penderitaan

Mithali...
Pengganti nama cintamu yang suci
Mithali...
Sang puteri yang membuat kuresah
Mithali...
Tiap suatu pastikan berubah
Mithali...
Mungkin kita kan bertemu semula


01 July 2015

Ramadhan, Sayur Togeh dan Karipap


digamit memori ramadhan 1994 – 1997 semasa berada di parit raja dahulu

kerana call seorang sahabat lama – PAK LONG

nick name yang lebih dikenali lebih dari nama sebenar

tanyalah sesiapa sahaja semasa menuntut semasa first degree PLSP 1994 – 1997 dahulu – Pak Long lebih dikenali daripada Mohd Lufti

seusai bertanya khabar – maka di bawanya meniti kenangan ramadhan satu masa dahulu

kenangan ramadhan di parit raja – bagai terpamer jelas di minda >>>

saban petang aku dan pak long akan bermotosikal ke pekan parit raja untuk membeli juadah berbuka -  ironiknya juadah kami sama sahaja setiap hari – nasi berlauk asam pedas, sayur togeh dan karipap

hari hari sayur togeh dan karipap - dibeli di gerai mak ngah (nama sebenar mak ngah aku tak tau sampai la nie!!!) – gerai kecil mak ngah berhampiran dengan klinik kesihatan parit raja (kalau tak silap aku lah – ingat ingat lupa)

mengapa sayur togeh dan karipap -  - mungkin nak jaga budget – atau mungkin sangat sedap - maka itulah yang dibeli setiap hari - yang hairannya tak pernah jemu dengan menu yang sama




dengan nasi berlauk asam pedas, sayur togeh, karipap dan kicap jalen lemak lemak manis - kami akan berbuka bersama sama dengan Amran (budak Tganu yang kami panggil Mrang)

berbuka setiap hari dibilik Pak Long - dan - setiap kali sayur togeh dan karipap akan jadi bahan lawak – ada saja yang melucukan kami - kerana Pak Long hari hari ada sumber lawak - gelak bagai nak kata – hanya kerana sayur togeh dan karipap

dan hari ini pun dia masih buat lawak spontan tentang sayur togeh dan karipap!!!-  itulah Pak Long


Pak Long juga mengamit memori bersembahyang terawih

aku dan dia adalah orang yang akan duduk di saf yang terakhir sekali semasa berterawih – tak kira hari – kami akan pastikan saf terakhir adalah untuk kami

sapa sapa yang ada di saf terakhir – kami akan suruh ke hadapan untuk penuhkan saf – sedangkan kami langsung tak berganjak

sebarisan dengan kami adalah Hj Mahdi – yang kami panggil imam kedua – kerana suara dia kuat menyambut kalam Imam pada setiap perbuatan

selalunya apabila imam selesai membaca al fatihah barulah kami berdua akan mula sembahyang – setiap hari begitulah - kadang kadang cuit mencuit untuk suruh siapa bangun dahulu – kami rupa rupanya bersikap seperti kanak kanak walaupun pada masa itu dah berumur pertengahan 20 an – dan Pak Long sebenarnya lebih tua dari aku 7 tahun!!

banyak yang menjadi memori indah satu masa dahulu – semuanya tidak dapat diputarkan kembali pada usia sekarang

itu cerita hampir 20 tahun dahulu – tetap dikenang – dan menjadi satu memori indah rupanya – apatah lagi kenangan bersama sahabat akrab – terlalu manis untuk dilupakan