adakah ini dugaan atau
kifarah terhadap aku
kedua duanya bermain
difikiran
di datangi musibah
silih berganti
Jumaat 6/2/2015
selesai majlis
rekacipta dan penyelidikan unimap– aku bergegas balik ke sungai petani
sampai di kilometer
56.7 arah selatan – tiba tiba terdengar bunyi dentuman
Subhanallah
– ada sebatang besi panjang sejengkal - sebesar jari kelingking tercucuk di
pada tayar – syukur Alhamdullilah – nasib baik tayar tak meletup masa tu – jika
meletup – tak tahu lah kesudahannya
tunggu bantuan dari
plus kerana kereta tiada tayar spare – terpaksa naik loader truck plus – tapi dihantar
sampai ke tol pendang sahaja – lebih kurang 15 km dari tempat kejadian
di tol pendang – call wife di sungai petani untuk datang bantu - dengan harapan bawa tayar ke kedai untuk ganti - tapi lain pula jadi - berusaha buka tayar tapi tak boleh – nut terlalu ketat – jadi ambik keputusan drive perlahan lahan ke pekan pendang
benar benar bertawakkal
kepada Allah semasa drive – takut tayar meletup – walau tercucuk besi tapi angin
tidak keluar langsung
masalah bertambah rumit
– dua tiga kedai tayar terdekat tutup – rupanya kebanyakkan kedai di pendang tutup
hari jumaat
terpaksa drive sehingga
ke pekan tanah merah – alhamdullilah – ada kedai tayar yang masih buka - kena tukar tayar baru walaupun baru sahaja ditukar 2 bulan lepas
tambah satu lagi kerumitan - saiz tayar pula tak ada - 205/55/R16 - tapi tokey kedai berusaha mencari - lama juga menunggu tayar - Alhamdullilah selesai semuanya - drive balik ke sungai petani
Ahad – 8/2/2015
Jam 6.45 pagi – seperti
biasa keluar rumah untuk hantar anak ke sekolah – bila tengok minyak perlu di
isi – ambik keputusan ke stesen minyak dahulu
tidak jauh dari stesen
minyak – sekali lagi dengar bunyi dentuman – kali ini lebih kuat – kereta rasa
seperti terseret
di stesen minyak –
check kereta– Subhanallah – body kereta rapat ke tayar – rupa absorber belakang
sebelah kiri dah tak fungsi - absorber yang sama dengan tayar yang tercucuk
besi
sekali lagi bertawakkal
kepada Allah – walau body dah rapat ke tayar – gagahi juga drive balik rumah
- tukar kereta - jika tidak anak tak ke sekolah - kebetulan anak ada 2 tugasan yang perlu dihantar
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
sebetulnya aku sedang di uji kesabaran menghadapi fasa kesukaran
aku terfikir – adalah Allah sedang menduga aku – melihat sejauh mana kesabaran –
atau - adakah Allah mahu mendengar rintihan aku - ataupun – ini satu kifarah
terhadap aku – kifarah terhadap dosa dosa yang aku lakukan tanpa disedari
Ya Allah - sebetulnya - hati ini terlalu sedih Ya Allah – sedih dengan
keadaan yang aku hadapi ini – selepas satu – datang pula dugaan dan
musibah silih berganti – namun aku pasrah untuk menghadapinya Ya Allah
Ya Allah – andai ini
satu dugaan atau kifarah dari Mu – Ampunilah Aku - kuatkan aku untuk menghadapinya – jangan digugatkan keImanan ini – tapi tambahkan lah dan kukuhkan keImanan aku
dalam 1 minggu - diuji dengan 2 musibah - dan - aku
redho di atas ketentuanMu Ya Allah