Academic Reference |
27 November 2014
25 November 2014
In Review
Alhamdullilah....paper untuk Journal Applied Mechanics And Materials dalam proses review....di harapkan menemui jalan kejayaan. Jika terpilih....ini adalah paper kedua yang akan di publish di dalam journal selepas paper terbaik SPK2014 UPSI...semoga semuanya dipermudahkan...In Syaa Allah..
APPLIED MECHANICS AND MATERIALS Indexed by SCOPUS |
20 November 2014
10 November 2014
Bukan kita sahaja....
kesibukan dengan dunia belajar bukan satu faktor penghalang untuk
aku membuka lembaran buku La Tahzan tulisan dari Dr 'Aidh al Qarni……satu satunya buku yang dibaca
berulangkali sejak dari tahun 2010 lagi…..kemungkinan dengan beberapa perkara yang terjadi ..…membuat aku tercari
- cari beberapa jawapan untuk hati.…di dalam mukasurat 32…Dr 'Aidh al Qarni menulis tentang
Yakinilah Bahwa Anda Tetap Mulia Bersama
Para Penerima Cubaan!
tulisnya
“Tengoklah
kanan kiri, tidakkah Anda menyaksikan betapa banyaknya orang yang sedang
mendapat cubaan, dan betapa banyaknya orang yang sedang ditimpa bencana?
Telusurilah, di setiap rumah pasti ada yang merintih, dan setiap pipi pasti
pernah basah oleh air mata. Sungguh, betapa banyaknya penderitaan yang terjadi,
dan betapa banyak pula orang-orang yang sabar menghadapinya. Maka Anda bukan hanya
satu-satunya orang yang mendapat cubaan. Bahkan, mungkin saja penderitaan atau
cubaan Anda tidak seberapa bila dibandingkan dengan cubaan orang lain…………”
“………..Betapa
banyaknya di dunia ini orang yang menderita, mendapat ujian dan cubaan, belum
lagi mereka yang harus setiap saat menahan himpitan hidup. Kini, sudah tiba
waktu Anda untuk memandang diri Anda mulia bersama mereka yang terkena musibah
dan mendapat cubaan. Sudah tiba pula waktu Anda untuk menyedari bahwasanya
kehidupan di dunia ini merupakan penjara bagi orang-orang mukmin dan tempat
kesusahan dan cubaan……….”
jelas….. bahawa di dunia ini bukanlah kita sahaja diuji
dengan perkara yang menekan jiwa….ada insan lain yang lebih hebat cubaan dan
dugaannya dari Allah…..semua ini untuk menambah keimanan serta mengangkat
darjat kita di sisi Allah…semakin kita dihimpit dengan cubaan….sepatutnya semakin
dekat diri kita dengan Allah…..kerana Allah tempat kita bergantung…..namun ini hanyalah
bagi orang orang bersabar dan berfikir
sedikit pesanan…..bagi yang sedang yang dihinggapi cubaan
dan dugaan…..setinggi manapun cubaan yang ditempuh….ingatlah….hidup mesti
diteruskan…..tidak perlu bermuram durja….merosakkan hati dan akal…..bersangka
baik pada Allah…..bertawakal kepadaNya….In Shaa Allah…tidak ada yang tidak
dapat diselesaikan….
06 November 2014
Buat Anakanda Muhammad Aliff Na'if
Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas kekuatan dan kesihatan nikmat umur yang panjang masih lagi dapat bangkit dari lena dan menghirup udara hari ini bersama nikmat Iman dan Islam.
Alhamdulillah.
Ucapan Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Kelahiran. Semoga dipanjangkan umur di dalam keimanan, di lambatkan ajal, di pendekkan cubaan, di murahkan rezeki yang halal, di besarkan cita-cita yang diimpikan, dicerahkan masa depan yang gemilang, di ringankan tulang yang berat, berjaya dalam kerjaya yang diceburi, dijauhi segala bala, dikuatkan iman dan dirahmati ALLAH selalu...AAminnn.
Subscribe to:
Posts (Atom)