28 September 2014

Poster Presentation



ingatkan senang saja nak sediakan poster presentation....rupanya agak rumit juga....kalau just buat black n white mungkin mudah....tapi bila ianya melibatkan international conference....pastilah nak kena bagi menarik....menarik untuk orang lihat...dan seterusnya dibaca....colour nak kena pilih yang sedap dipandang...design pun nak kena main peranan....tak bolehlah just copy text or results dari thesis...then...paste ikut suka....nanti jadik rojak poster....so sehari dua ni bermulalah kerja mendraf poster...

draf tanpa text

permerhatian aku....perkara yang paling penting adalah colour...aku cuba macam macam colour background....2 tone lah...ada satu masa cuba buat sampai 3 tone...tapi tak menarik...sebab nampak macam satu layer sahaja bila masuk text...so aku terfikir nak combine dengan abstract picture sebagai background....dan hasilnya macam draf picture diatas tu...dah cuba masukkan text...tak ada masalah untuk orang baca...masih boleh fokus pada text walau ada background picture...
yang kedua penting...adalah layout...location untuk setiap chapter kena ambik kira...so aku guna kaedah split 1/3...macam kaedah orang ambik gambar...untuk metarial and method..cadang nak letak dalam bentuk flow chart sahaja...so penggunaan text boleh dikurangkan...orang mungkin lebih berminat nak tengok dari membaca berjela jela text....

ohh...lupa nak bagitau....poster ini cadangnya untuk international conference di melaka pada december nanti....anjuran UTeM dan UTHM....tapi terfikir juga untuk join...coz fee dia mahal...RM500 untuk satu penyertaan....hohoho....tak apalah...buat poster dahulu...nanti fikir....join ke tidak...


10 September 2014

kek marble versi moisture


nak bina experiment parameters sama macam nak buat kek

dah set dalam kepala nak buat kek marble – bahan dah tersedia – nak kena mix saja – tapi nak tunjuk terror macam chef kamarul – mix ikut sesedap rasa

inovasi punya pasai – kek tak jadik – lebih teruk dapat kek marble versi moisture – hitam legam dan melekik - nak makan sendiri pun tak lalu – apatah lagi nak bagi orang makan – rasa kek marble jauh beza dari kek moisture - kek marble colourful - macam rainbow!

macam tulah assumption aku - yang tengah pening - cari parameters untuk buat experiment surface roughness

bahan memang dah tersedia – nak cari method dan parameters saja – kena cari yang bertepatan dengan research – kalau ikut hati boleh hentam ikut suka – janji buat experiment surface  – tapi takut jadi macam kek marble versi moisture – nak komen dalam chapter result nanti apa pun tak tau

nak paham term dia pun sakit

semua nie jadi sebab tak ada ilmu – tak pernah pun belajar surface roughness masa buat first degree dulu – nama surface roughness nie pun tau masa buat master – itupun sebab ada sorang lecturer dari school mechatronic yang suruh buat – tapi aku buat ignore saja - sebab experiment waktu tu dah cukup untuk student master

tapi la nie - by hook or by crook - nak kena buat juga – dan orang yang suruh buat adalah orang yang sama – kebetulan dia jadi examiner masa defence proposal - dia kata dia ingat aku – sebab dia juga salah sorang internal examiner masa viva master dulu

kalau tak ikut kali nie memang tak boleh – sebab – dia dah warning waktu defence

kata dia – phd U dalam mechanical – tapi U buat banyak experiment tentang material saja – di mana mechanical Phd U - kena buat surface roughness baru nampak phd mechanical

tu belum kira lagi dia suruh study ANOVA untuk proses data – 7 tahun pun belum tentu abis!! – surface roughness nak kena buat – ANOVA nak kena belajar – Finite Element nak kena design – aduhh – kalau dulu masa belajar degree – belajar semua nie tak apalah juga  – sekurang kurang basic dah ada

so minggu nie nak kena download paper dan thesis orang – nak kena tengok procedure surface roughness – nak kena compare mana2 parameters yang sesuai – susun elok elok - mungkin lepas nie boleh tetap parameters sendiri


semoga Allah permudahkan

08 September 2014

satu matlamat - pelbagai rintangan



Membaca post dalam group DSG di FB merisaukan aku. Ramai rakan post segala macam problem dalam dunia belajar. Ramai juga yang tolong bagi komen. Tolong bagi motivasi. Tapi masih ramai yang cerita masalah masing masing. Berbagai solution yang diberi. Aku puji. Sebab ramai rakan rakan di alam maya DSG bantu membantu menaikkan semangat rakan rakan yang sesetengahnya “down”.

POST #1
Pernah aku baca tentang nasib seorang rakan. Sambung PhD dari tahun 2009 lagi. Sehingga kini tak selesai. Bukan malas. Tapi diserang dengan penyakit misteri. Sakit kepala, pening dan segalanya bila saja nak mula belajar. Akak nie kata terkena gangguan. Sample kajian beliau memaksa beliau masuk ke longkang – longkang besar untuk ambil sample. Dikhuatiri ada yang “menumpang”. Kadang kadang akal kita tak tercapai dalam memikirkan perkara sebegini.

POST #2
Akak ni dah selesai viva. Hanya kena buat minor correction dalam masa 3 bulan. Alih alih dah 1 tahun tak hantar thesis. Bayangkan. Langkah yang pendek dan jadi jauh. Puncanya sama juga - penyakit misteri. Tapi aku solute akak nie. Sebab dalam keadaan macam tu pun beliau beraam untuk menyelesaikan apa yang telah dimulakan.

POST #3
Cerita tentang studi di oversea. Kena penyakit “hyperthyroidism” dan dah buat treatment. Tapi bila makan ubat, semua sendi jadi sakit sebab side effect. Badan lemah dan menganggu pembelajaran. Dalam masa yang sama punya anak kecil berumur 1 tahun. Berkira kira untuk berhenti belajar. Dugaan yang besar terpaksa ditempuh.

POST #4
Tentang seorang student. Studi di Thailand. Baru sambung tak sampai 6 bulan. Tapi dah bercadang nak balik sambung di Malaysia. Risau tentang keselamatan diri. Waktu tu Tailand dalam situasi yang tegang antara baju merah dan baju kuning. Hari hari menangis nak balik. Tapi tak tahu nak settle macam mana. Nak berhenti atau minta sambung di Malaysia. Ini pun satu penyakit juga. Kalau keselamatan tak stabil. Macam mana minda nak focus.

POST #5
Masalah ini yang paling banyak. Kisah tentang rakan rakan yang punya anak kecil. Terpaksa bahagi masa antara belajar dan keluarga. Mencari cari masa untuk menulis dan sebagainya. Ini juga satu penyakit. Antara keluarga dan cita cita.

POST #6
Tapi aku respek dengan satu kisah kecekalan seorang ibu yang sambung belajar di oversea. Kena cancer. Selama 8 bulan tak masuk lab dan buat apa apa pun. Dalam masa yang sama anak pun sakit juga. Tapi beliau mampu tamatkan PhD dengan jaya. Sememangnya ini yang jenis kuat keazaman.

Ahhh!!!!

Belum kira lagi ramai yang post tentang mind block/ mind stuck/ writing stuck. Ramai sangat yang kena penyakit nie. Termasuklah aku. Tapi penyakit nie kesan dia tak lama. Bila minda dah tenang. Ceria. Writing boleh sambung balik. Tak perlu ubat doctor. Cukup dengan rehatkan minda. Aku suka baca kisah macam nie. Sebab aku pun tercari cari treatment yang sesuai untuk rehatkan minda. Ada yang suruh ambik short leave – pi jalan jalan. Ada yang kata – tutup laptop – pi masak sedap sedap. Ada yang suruh pi bersembang dengan kawan kawan. Segala macam suggestion yang mereka bagi.

Aku bersyukur kerana tak kena penyakit yang pelik pelik. Cuma sekali sekala kena mind stuck. Paling lama seminggu. Dulu masa master pernah kena sampai 1 bulan. Duduk saja tengok laptop. Aku tau semua pernah merasa penyakit nie. Cuma kita sendiri yang kena pandai cari solution. Solution aku kadang kadang pelik sikit. Bila aku kena mind stuck. Aku pi kubur mak/pak. Duduk sekejap pun jadilah. Ataupun pi rumah abah. Tengok mama dengan abah. Aku tak boleh pi cari kawan sembang sembang untuk lepas masalah. Sebab semua orang ada masalah. Buat apa aku pi tambah masalah lagi. Pi kubur dan duduk dekat kubur pun dah satu treatment untuk aku.

Cuma sekarang masalah aku adalah kewangan dan masa. Nak kata yang nie satu penyakit. Tak pastilah pula. Kewangan aku teruk sikit sekarang sebab dalam peringkat kena beli pelbagai bahan untuk penyelidikan. Beli bahan sampingan untuk jalankan experiment. Ini belum kira lagi duit berulang ke U. Itu pun satu masalah juga. Bila duit scholar masuk nak kena set betul betul. Bila tak cukup kena kacau duit gaji. Bila kacau duit gaji – tentunya cari penyakit.

Masa pun main peranan. Rasa macam tak cukup masa yang dok ada untuk nak buat experiment. Peringkat ini aku tengah fabricate casting sample. Satu hari satu sample saja boleh fabricate. Ada 52 sample semua. Kalau congak. Dalam 52 hari bole selesai. Tapi mana boleh. Kena tunggu sample benar benar keras dalam mould baru boleh buka. Jadi selang satu hari buat sample. Dalam satu minggu dapatlah 3 sample. Itu pun kira bertuah kalau dapat 3 sample. Belum kira masa nak kena buat analysis lagi. Sebab tu duit scholar habis buat berulang dari SP ke Perlis. Satu lagi kalau selalu berulang. Badan penat dan letih. Maklumlah badan bukannya macam umur 20’an. Bila penat sangat. Kerja menulis pun tak terdaya nak buat.

Penutup bicara. Bukan semua orang rasa happy dan enjoy dalam dunia belajar. Bukan semua orang mampu menyelesaikan masalah dengan berfikir sendirian. Berfikir tentang belajar tak sama berfikir masa bekerja. Berfikir tentang belajar tak sama berfikir tentang duit. Semuanya perlu kewarasan dalam menyelesaikan semua masalah.

Aku selalu berdoa. Mohon Allah memberi kesihatan minda. Kesihatan tubuh badan dan kesihatan kewangan agar kerja belajar ini jadi sempurna. Mohon juga Allah jauhkan aku dari kezaliman manusia dan syaitan. Hanya doa dari ibu bapa yang mampu merungkai permasalahan kita.

Bagi rakan rakan yang terkena penyakit. Berubatlah. Sebab semua penyakit ada ubat kecuali mati. Aku juga berdoa untuk kalian. Dan kalian berdoalah untuk aku juga.

SEBENARNYA INI DUGAAN SEBELUM BERJAYA