hari ini duit biasiswa
masuk---ramai rakan dok berkongsi kegembiraan di FB---aku dengan penuh
yakin---check akuan---terkejut---sebab dalam akaun aku tadak duit biasiswa---dalam
akuan ada banyak kosong---kosong---kosong---muka terus jadi kelat kelat
masam---aku call seorang rakan untuk confirm---mana tau rakan rakan hanya bergurau
di FB---betoiii!!!---duit biasiswa dah masuk beb---dah masuk semalam lagi---tapi
dimana duit aku?
hubungi bahagian biasiswa kpt---adoiii---rupanya
aku tergolong dalam senarai penerima yang tercicir---maknanya lambat lagilah
nak merasa duit biasiswa---yang memedihkan hati---ini bukan kali pertama nama
tercicir---tapi dah 3 kali---kali pertama dan kedua---mungkin boleh terima alasan
silap key in atau sebagainya---tapi ni dah masuk tiga kali siot!!--- silap sapa
pulak kali ini---takan silap aku pulak kot!!---Dulu masa master----tak dak pulak
jadi macam ni---cukup masa masuk---tak pernah call diorang pun---tapi kali
ni---lain plak jadiknya
nak menyedapkan hati yang bara
bara bere bere nii---berkatalah pada diri sendiri---mungkin bukan rezeki nak
dapat duit awai kot---lambat dapat lambat abis---itulah kata pemutus
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
pasai duit biasiswa lambat masuk
ni dah jadi tabu untuk aku---teringat masa buat first degree
dulu---tunggu duit biasiswa dari sehari---jadik seminggu---seminggu jadi
sebulan---akhirnya masuk 3 bulan tak dapat dapat duit biasiswa---duit simpanan
masa kerja kilang dah kering---duit biasiswa tak masuk masuk juga---hari hari
jimat---mudah mudahn cukup sampai duit biasiswa masuk---tapi tak mau masuk
masuk juga!!!
Aku cukup ingat---bangun pagi---check
poket---hanya ada 3 kupang!!!---3 kupang mana lepaih nak makan nasi---jadi beli
roti---cicah dengan air sejuk---sarapan pagi memerangkap tengahari
sekaligus---nak minta pinjam---orang lain pun sama saja---lebih teruk dari aku
pun ada!!!
Tapi Allah maha kaya---waktu
petang duduk di balkoni hostel dengan 2-3 orang kawan---tiba tiba nampak kak
Hasni (pustakawan)---berlengang balik ke kuaters---kebetulan dia dan husband
orang kedah---jadi selalu juga aku bersembang dengan depa---saja aku tegur
dia---tiba tiba dia kata---mai ambik bihun ni--- kak bawa balik dari
library---depa buat jamuan---apa lagi---petang tu dapatlah aku dan 2-3 orang
kawan yang senasib merasa bihun free---kenyang juga perut---Dan petang tu
juga---riuh di hostel---duit biasiswa dah masuk--- duit biasiswa dah masuk---malam
tu merasa lah nasi ayam---sempena meraikan poket yang kering kembali kembong
Itu cerita lama---cerita duit 3
kupang---bukan setakat tu saja---kalau nak ingat pasai jimat duit
biasiswa---macam macam cerita dok ada---mungkin adik adik aku tak sempat kot
nak merasa makan roti ganti nasi---sebab zaman dah berubah
TU CERITA DULU DULU---KALI
NI TAK TAU BILA LAA NAK MASUK---KALAU MASUK AWAI PUN BAGUIH JUGA---tak semua yang dapat duit biasiswa nii kaya raya
p.s Cik Mira Edora---tolong lah proses cepat cepat--- KERJA BELAJAQ NI BANYAK PAKAI DUIT chek ooii