8 Nov 1997
16 tahun dahulu pada tarikh itu
– aku sah bergelar suami
bertapa gugupnya aku di hadapan
kadi – berjabat salam – melafaz – akad dan nikah
dari berdua – kemudian bertiga –
dan kini bilangan keluarga bertambah menjadi tujuh semuanya
terima kasih – kerana melahirkan
anak anak – yang pintar – dan membahagiakan hati – dan mudahan menjadi anak
soleh dan solehah
sepanjang 16 tahun – suka duka –
riang gembira – masam manis – menjadi rencah berumahtangga
aku masih berpegang pada
akurjanji yang dimeterai 16 tahun dahulu – dan mudahan tersimpul kemas
Selamat Ulangtahun Perkahwinan
ke 16 Buat Isteriku
terima kasih kerana memilih
untuk hidup bersama aku
dan - terima kasih kerana menjadi
pembancuh kopi O yang setia
Tak pernah ku menduga
Kan bertemu denganmu
Bersatu di alam cinta
Tak pernah ku merasa
Bahagia begini
Di sisimu
Kekasih ku sayang kan kamu
Cintaku kasihku untukmu
Kekasih hanya kau ku mahu
Hidup dan mati bersamamu
Akur janji setia padamu
Akur janji menjaga hatimu
Akur janji jiwa dan ragaku
Ku serah padamu
Akur janji ku hanya untukmu
Akur janji kaulah kekasihku
Akur janji seluruh hidupku
Ku serah padamu
Aku tak bisa sendiri tanpamu
Sedetik pun ku tak mampu
Sejuk hatiku oh tenang jiwaku
Memandangmu
Hatiku hatimu telah bertemu
Sayangmu sayangku jadi satu
Rindumu rinduku disimpulkan
Terciptalah sebuah ikatan