13 October 2012

2/10/2012: SYUKUR 3

2/10/2012: KENANGAN HINGGA HUJUNG USIA
Syukur ke hadrat Allah diatas rahmat Nya..


tarikh 2/10/2012..pasti akan aku kenang dan tersemat di dairi hidup aku sehingga kehujung nyawa...tarikh yang memberi khabar gembira yang berganda...dalam masa 24 jam aku menerima 3 berita yang mengembirakan....


sambungan:  syukur 3

aku masih di hospital...
jam 6.18 ptg


yang nie aku tak tau nak tulis apa apa...layan pic ajer lah...





Ya Allah...terlalu banyak yang Engkau kurniakan kepada aku...dan aku BERSYUKUR kepada MU

07 October 2012

2/10/2012: SYUKUR 2


2/10/2012: KENANGAN HINGGA HUJUNG USIA
Syukur ke hadrat Allah diatas rahmat Nya..
tarikh 2/10/2012..pasti akan aku kenang dan tersemat di dairi hidup aku sehingga kehujung nyawa...tarikh yang memberi khabar gembira yang berganda...
....dalam masa 24 jam aku menerima 3 berita yang mengembirakan aku ...


sambungan:  syukur 2

aku masih di lobby hospital...
jam 5.03 ptg
sms dari adik aku...
permohonan en fizam dan berjaya...tawaran biasiswa ke luar negara...kecuali UK..





alhamdullilah..akhirnya Allah memperkenankan doa aku...hajat untuk mendapat biasiswa telah dikabulkan...tapi mengapa perlu ke luar negara?...seingat aku...aku buat permohonan hanya untuk biasiswa dalam negara...
aku dah pun mula pengajian phd aku pada bulan april (perbelanjaan sendiri)...permohonan untuk biasiswa pada jun dan temuduga pada julai...so mana ada aku mohon untuk ke luar negara...
aduh!!! satu masalah pulak...gembira bercampur keliru...
jika aku menerima...maka apa yang aku buat untuk phd aku selama ini tak berguna satu apa pun....jika menolak...peluang hanya datang sekali seumur hidup....apa apa pun nak kena buat keputusan yang terbaik...nak kena bincang dengan keluarga...abah dan juga mama...

sehingga ke hari ini .... masih tiada jawapan pemilihan.....



05 October 2012

2/10/2012: SYUKUR 1



2/10/2012: KENANGAN HINGGA HUJUNG USIA
Syukur ke hadrat Allah diatas rahmat Nya..
tarikh 2/10/2012..pasti akan aku kenang dan tersemat di dairi hidup aku sehingga kehujung nyawa...tarikh yang memberi khabar gembira yang berganda...
....dalam masa 24 jam aku menerima 3 berita yang mengembirakan aku dan mengubah hidup aku selamanya...


2/10/2012 - 4.33 ptg

SMS dari Salwa: en fizam kita berjaya ....dapat rm5000
menatap saja sms dari salwa (SU aku) ...aku seperti nak melompat...nasib baik aku berada di lobby hospital sultan abdul halim, sungai petani...aku control..walaupun hati meronta-melonjak kegembiraan...

nak tahu apa...

>> student dibawah seliaan aku dan hj khairul telah berjaya melayakkan diri ke peringkat nasional di dalam pertandingan MyINOVASI2012...ini bermakna pelajar aku berjaya mengalahkan hampir 1500 penyertaan di peringkat zon utara...dan mewakili zon utara ke peringkat nasional yang akan diadakan pada november nanti...syukur... 



poster pertandingan

...dari 1500 penyertaan..hanya 60 yang terpilih untuk saringan peringkat pertama...dan dari itu hanya 12 yang layak untuk sesi pembentangan dan seterusnya hanya 4 sahaja yang terpilih mewakili zon utara serta diberi geran sebanyak RM5000 untuk penghasilan projek...


tahniah kepada student aku..mereka telah berusaha untuk berjaya...bukannya ganjaran RM5000 yang diidamkan tetapi semangat untuk berusaha....


.. atas daya inisiatif...student aku mampu bersaing dengan pelajar ipt yang lain...


sebahagian dari tajuk inovasi yang terpilih pada saringan ke 2

My-ZUT-1644...itulah inovasi dari student aku...aku berharap projek ini dapat pergi lebih jauh...berita gembira ini aku turut sampaikan kepada pengarah aku...dan beliau amat teruja dengan pencapaian ini....Syukur....


>>>apa aku buat di lobby hospital semasa menerima berita ini...nantikan 2/10/2012: SYUKUR 2