16 May 2015

terima kasih cikgu kerana menjadikan aku seorang manusia


terima kasih cikgu kerana menjadikan aku seorang manusia

aku seorang guru
walau tidak pernah sekalipun
pelajarku memanggilku Cikgu
tapi aku tetap seorang guru
bukan sahaja aku guru di tempat kerja
di rumah juga aku seorang guru

kepada bekas pelajarku
ikutilah teladan yang baik baik 
kerana


SEPATAH GURU BERCAKAP,
SERIBU TELINGA MENDENGAR
SELANGKAH GURU BERJALAN
SERIBU MATA MEMANDANG
BILA GURU KENCING BERDIRI
MURID KENCING BERLARI
JANGAN KENCING BERLARI
KERANA AKU TAK KENCING BERDIRI
[credit to Pak Nginap Srengenge http://nginapsrengenge.blogspot.com/]


11 May 2015

ini mungkin sumpahan



aku suka jumping dari satu blog ke blog - semuanya berkaitan dengan cerita dan pengalaman orang yang sedang belajar - bila dah bosan mengadap article yang berkeping keping kertasnya - mulalah aktiviti blog jumping - bukan apa - nak rehatkan otak - terkadang nak ambil aura - sebelum mula kerja menulis - tapi lazimnya -  bila dah terlalu banyak blog yang di jumping - tertinggal pula kerja sebelum itu - itu dah biasa :-)

tiap kali aku baca blog - pasti aku terjumpa dengan masalah yang sama  -  dan kesimpulan yang boleh dibuat adalah berkaitan dengan

>>> LETIH - BOSAN - DUIT <<<

pelajar dalam negara mahupun luar negara - semua sama sahaja ceriteranya 

ini adalah salah satu tulisan yang aku ambil dari blog Tuan FakirFikir (beliau tidak suka dipanggil Dr) - beliau telah lama tamat belajar - tulisan ini beliau tulis pada tahun 2011 [bacaan penuh disini]

Tulis Tuan Fakir - 
credit to http://fakirfikir.blogspot.com/

jika inilah yang dilalui oleh semua yang belajar

maka aku tidak keseorangan sebenarnya - masalahnya sama sahaja

apa yang aku fikir - ini seperti satu sumpahan

dan AKU KINI BERADA DALAM SUMPAHAN ITU




p/s : saya mengenali Tuan Fakir lebih kurang 2 tahun lepas - orangnya cukup humble - senang berkawan - merokok dan berkopi seperti saya - semoga Tuan Fakir akan terus menulis





03 May 2015

#strategikkerjabelajar



dengan sedikit kebantutan dalam situasi belajar terkini - di rasakan perlu dilakukan percaturan semula

ianya tidak ubah seperti mengatur strategik dalam peperangan

apabila kalah - tidak bermakna akan terus kalah untuk selamanya

strategik mesti disusun - musuh mesti di gempur - kubu mesti ditawan

begitu juga dalam dunia belajar

percaturan yang di rancang terdahulu - kemungkinan tidak lagi relevan

dengan itu - langkah merombak perlu dilakukan

itulah yang telah aku lakukan dalam 2 - 3 hari ini - mengatur serta menyusun strategik berkesan

strategik pengurusan waktu menulis - penyediaan sample - serta analisis - semuanya telah dirombak dan diberi fokus yang lebih tersusun

In Shaa Allah - mudah mudahan dapat memberi nafas baru dalam merungkai kebuntuan dan kelewatan dalam kerjabelajar - semuanya untuk menawan kejayaan

#strategikkerjabelajar